wrapper

Topik Popular

VISI
Pemacu Dasar Saraan dan pendukung perkhidmatan pengurusan yang unggul.

 

MISI
Memperkasa Dasar Saraan Kerajaan dan mengurus tadbir pengurusan kewangan, sumber manusia, pembangunan dan khidmat sokongan Kementerian Kewangan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

 

OBJEKTIF

  1. Menggubal mengawalselia dan mengurus dasar saraan dan kemudahan YDP Agong, Raja-Raja/, YDP Negeri, anggota legislatif, eksekutif dan kehakiman; dan anggota keselamatan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
  2. Mengurus dan mengawalselia pengurusan kewangan yang dinamik dengan berhemat, cekap, sistematik dan berintegriti.
  3. Mengkaji, merancang dan mengurus pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia dengan cekap selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang ditetapkan.
  4. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukan pembangunan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan projek berjaya disiapkan mengikut tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan.
  5. Mengurus dan melaksanakan urusan pentadbiran, khidmat sokongan, keselamatan perlindungan dan pengurusan rekod secara mampan bagi mencapai kepuasan yang optimum kepada warga Perbendaharaan.

 

FUNGSI

  1. Memberi khidmat nasihat dan menguruskan fungsi-fungsi serta aktiviti-aktiviti saraan.
  2. Memberi khidmat nasihat dan menguruskan aktivit-aktiviti kewangan.
  3. Memberi khidmat nasihat dan menguruskan aktivit-aktiviti sumber manusia Perbendaharaan.
  4. Mengurus hal-hal pembangunan Kementerian Kewangan.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Seksyen Pentadbiran

Aktiviti Norma Masa
Menyediakan keperluan logistik ruang pejabat 2 Minggu dari tarikh permohonan
Meluluskan permohonan kenderaan pejabat 3 hari dari tarikh permohonan
Menyediakan kemudahan logistik majlis rasmi di Perbendaharaan 1 hari sebelum majlis berlangsung
Meluluskan pemasangan telefon talian pejabat 2 minggu dari tarikh permohonan
Menghantar surat-surat segera dengan tangan melalui Penghantar Cepat dalam masa satu (1) hari jikasurat berkenaan diterima sebelum pukul 4.30 petang pada hari sebelumnya 1 Hari
Mengedar pekeliling-pekeliling baru
Perbendaharaan
3 hari setelah diterima
Memastikan pertanyaan rujukan perpustakaan diberi maklum balas dalam tempoh satu (1) hari 1 Hari
Memastikan permohonan untuk menjadi ahli Perpustakaan Perbendaharaan dapat diproses dan disediakan dalam tempoh satu (1) hari 1 hari
Menganjurkan Hari Inovasi pada bulan November setiap tahun Setahun Sekali
Mengeluarkan pas keselamatan kepada semua pegawai-pegawai baru 3 hari dari tarikh permohonan
Mengambil tindakan kepada sebarang aduan kerosakan fasiliti bangunan tidak lebih dari tiga (3)hari sekiranya tidak melibatkan kerosakan yang major 3 hari
Mengadakan lawatan pemeriksaan di seluruh Kompleks Kementerian Kewangan bagi mengesan sebarang kerosakan dan kekotoran Seminggu Sekali

 

Seksyen Pembangunan

Aktiviti Norma Masa
Menilai, menyelaras dan memperakukan peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah Kementerian Kewangan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Lima Tahun (KSP RMLT) sebelum dikemukakan UPE, JPM. 7 hari
Mengkaji, memproses dan memperakukan Permohonan perubahan skop, mewujudkan projek baru dan menyediakan notis perubahan Berhubung pindahan siling peruntukan 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap
Memproses dan meluluskan permohonan pindah siling/peruntukan 10 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima
Memproses pembayaran tuntutan(perkhidmatan/bekalan/ kontrak) 14 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima
Memastikan perjalanan mesyuarat-mesyuarat Jentera Penyelaras Pelaksanaan di bawah Arahan  No. 1, 2004 Majlis Tindakan Negara berjalan lancer dan mengikut panduan yang ditetapkan dan persediaan dibuat sebulan sebelum tarikh mesyuarat sebenar diadakan. Satu bulan sebelum tarikh mesyuarat sebenar diadakan
Mengeluarkan waran peruntukan kepada agensi pelaksana bagi maksud pembayaran ke atas projek-projek yang dilaksanakan. 10 hari bekerja dari tarikh surat kuasa dikeluarkan
Mengemukakan maklum balas ke atas setiap minit mesyuarat berkaitan 4 hari
Menyediakan maklum balas kecuali aduan awam 2 minggu setelah aduan diterima

 

Seksyen Dasar Saraan

Aktiviti Norma Masa
Memberi keputusan ke atas permohonan kemudahan saraan 14 hari bekerja - kes-kes yang memerlukan pertimbangan pengurusan atasan.
Memberi keputusan berhubung kajian semakan, penggubalan dasar dan syarat berkaitan saraan
  1. Dasar Baru - enam (6) bulan;
  2. Dasar Sedia ada - empat (4) bulan
Memberi keputusan ke atas permohonan Skim ex-gratia bencana kerja 50 hari bekerja setelah maklumat lengkap diperolehi

 

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

Aktiviti Norma Masa
Menyediakan penyusunan semula struktur organisasi dan perjawatan
3 bulan selepas maklumat lengkap diterima
Memastikan data asas pegawai dimasukkan dalam pengkalan data HRMIS
30 hari dari tarikh pegawai melapor diri di Perbendaharaan
Pengeluaran surat penempatan bagi pegawai lantikan baru dan pegawai bertukar masuk ke MOF
14 hari dari tarikh pegawai melapor diri
Urusan dalam perkhidmatan:

- Pengesahan pelantikan

- Pengesahan dalam perkhidmatan

- Pemberian taraf berpencen

7 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima

Urusan permohonan:

- Cuti Separuh Gaji

- Cuti Tanpa Gaji

- Cuti Sakit Lanjutan

- Cuti Sakit Tambahan

- Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak

- Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri

- Cuti Barah/Kusta/Tibi

21 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima

Urusan permohonan

- Elaun Penanggungan Kerja

- Elaun Pindah Rumah

- Elaun Pembantu Setiausaha Pejabat (PSP)/Setiausaha Pejabat (SP)

- Elaun Gangguan

- Elaun Pakaian Panas

- Elaun Pertukaran Ke Luar Stesen 

21 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima
Urusan permohonan tuntutan perubatan

14 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima

Urusan permohonan tambang mengunjungi wilayah asal

14 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima

Urusan permohonan Tambang Percuma Ke Luar Negara JUSA A Ke Atas (TPKLN)

14 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima
Urusan ke luar negara atas urusan persendirian 14 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima

Urusan persaraan wajib/pilihan

90 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima
Menjalankan sesi kaunseling kepada warga Kementerian Kewangan 14 hari dari tarikh selepas permohonan diterima
Memproses permohonan pegawai-pegawai Perbendaharaan dan Agensi untuk menghadiri kursus/ seminar/ bengkel/ mesyuarat/ persidangan dan lawatan ke luar negara 14 hari dari tarikh selepas permohonan lengkap diterima

 

Seksyen Kewangan

  1. Memproses bayaran bil dan lain-lain dalam tempoh 7 hari selepas dokumen lengkap diterima.
  2. Memproses tuntutan perjalanan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
  3. Pesanan tempatan dikeluarkan dalam tempoh 2 hari selepas permohonan lengkap diterima.
  4. Memproses pindah peruntukan dalam tempoh 7 hari selepas permohonan lengkap diterima.
  5. Memproses agihan peruntukan dalam tempoh 2 hari selepas permohonan lengkap diterima.

 

 CARTA ORGANISASI