wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

VISI
Menjadikan Pesuruhjaya Khas Cukai (PKCP) sebagai tribunal rayuan yang berwibawa dan dihormati bagi membicarakan dan memutuskan rayuan undang-undang pembayar cukai pendapatan menurut Akta Cukai Pendapatan 1967.

MISI
Menjalankan tugas membicarakan dan memutuskan rayuan-rayuan mengikut keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

OBJEKTIF
Melaksanakan tugas membicarakan dan memutuskan persoalan undang-undang dan fakta rayuan-rayuan kes cukai pendapatan mengikut keadilan undang-undang di bawah :

  1. Akta Cukai Pendapatan 1967;
  2. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan
  3. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

 

FUNGSI

  1. Mendaftar dan mendengar rayuan pembayar cukai terhadap taksiran cukai oleh LHDN mengikut peruntukkan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan lain-lain Akta.
  2. Pengerusi yang berkelayakan undang-undang dengan dua orang ahli panel akan mendengar keterangan saksi dan meneliti akaun serta dokumen-dokumen berkaitan bagi memastikan taksiran cukai adalah sah di sisi undang-undang.
  3. Membuat keputusan berdasarkan otoriti dan undang-undang berkaitan serta menyediakan Perintah Pemutus.
  4. Menyediakan Alasan Keputusan dan Kes Dinyatakan untuk rayuan ke Mahkamah Tinggi.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Rayuan (Borang Q) akan didaftarkan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh diterima daripada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  2. Menetapkan perbicaraan dalam tempoh tidak lebih dari enam (6) minggu dari tarikh pemberitahuan tarikh bicara;
  3. Mengeluarkan Perintah Pemutus dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh selesai rayuan;
  4. Mengemukakan Kes Dinyatakan kepada Mahkamah Tinggi dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh notis rayuan diterima.

 

 CARTA ORGANISASI