wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

VISI
Memacu proses transformasi pembangunan sosio-ekonomi dan penyampaian perkhidmatan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

MISI
Merangka, merancang, menyelaras dan memudahcara pelaksanaan inisiatif transformasi sosio-ekonomi secara lebih bersepadu, berimpak tinggi dan kos efektif selaras dengan dasar-dasar semasa Kerajaan.

OBJEKTIF

  1. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan lebih terancang, bersepadu dan kos efektif.
  2. Mencapai matlamat pengurusan fiskal yang berhemah melalui perubahan cara kerja merentasi sempadan agensi kerajaan.
  3. Merangka, merancang dan melaksana inisiatif penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui transformasi sosio-ekonomi.
  4. Menyelaras kerjasama dan memantau prestasi dalam perlaksanaan inisiatif penyampaian perkhidmatan kerajaan.
  5. Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti bagi menyemarakan ekosistem keusahawanan.

 

FUNGSI

  1. Pengintegrasian Program - Program Kerajaan terutamanya program sosio-ekonomi berteraskan rakyat.
  2. Memastikan pelaksanakan program-program sosio-ekonomi mempunyai strategic outcomes kepada negara.
  3. Menilai dan memperakukan peruntukan kewangan program-program transformasi sosio-ekonomi kementerian dan agensi.
  4. Menilai keberkesanan pelaksanaan inisiatif-inisiatif transformasi sosio-ekonomi.
  5. Pembangunan kerangka transformasi sosio-ekonomi untuk diaplikasikan oleh kementerian/jabatan/agensi dan pihak swasta/NGOs.
  6. Pemantapan hubungkait strategik di antara inisiatif-inisiatif transformasi sosio-ekonomi.
  7. Menyampaikan maklumat berkaitan transformasi sosio-ekonomi kepada rakyat.
  8. Membangunkan pangkalan data program –program sosio-ekonomi yang dilaksanakan.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi maklumbalas ke atas cadangan inisiatif baru oleh agensi dalam masa 14 hari bekerja;
  2. Mengambil tindakan susulan terhadap permasalahan projek dalam masa tujuh (7) hari bekerja;
  3. Memproses permohonan peruntukan kewangan untuk diangkat kepada pengurusan atasan dalam masa lima (5) hari bekerja selepas maklumat lengkap diterima;
  4. Mengambil tindakan terhadap arahan pengurusan tertinggi dalam masa tiga (3) hari bekerja.