wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

VISI
Mewujudkan satu sistem belanjawan yang cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

MISI
Menentukan agensi-agensi Kerajaan diberi peruntukan kewangan yang sewajarnya melalui pemeriksaan perbelanjaan mengurus dan pembangunan selaras dengan dasar negara.

OBJEKTIF
Memastikan pengagihan dan penggunaan peruntukan kewangan kepada semua agensi secara teratur, cekap dan berkesan selaras dengan dasar-dasar Negara.

FUNGSI

  1. Menentukan pengagihan sumber kewangan Kerajaan dibuat dengan sewajarnya selaras dengan dasar dan objektif negara.
  2. Mengawal peruntukan supaya ia dibelanjakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi untuk tujuan yang ditentukan dengan cekap dan berkesan; dan
  3. Menguruskan pemberian kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan-Kerajaan Tempatan selaras dengan apa yang ditentukan oleh Perlembangaan Persekutuan, keputusan-keputusan Majlis Kewangan Negara (MKN) dan Kabinet.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memaklumkan Batas Perbelanjaan bagi setiap Maksud Bekalan sebelum akhir Disember setiap tahun
  2. Mengeluarkan panduan bagi penyediaan Cadangan Perbelanjaan Dwi-tahunan pada awal Januari setiap dua tahun
  3. Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Negara sebelum hari belanjawan setiap tahun
  4. Meluluskan/menolak permohonan tambahan/sekatan/pindahan peruntukan yang lengkap dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan
  5. Mengeluarkan waran perjawatan dalam tempoh yang ditetapkan dikira daripada tarikh penerimaan perakuan JPA yang lengkap seperti berikut:
    • Waran perjawatan yang melibatkan perubahan 50 butiran atau kurang dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja; dan
    • Waran perjawatan yang melibatkan perubahan lebih daripada 50 butiran dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja
  6. Meluluskan/menolak permohonan yang lengkap di bawah AP58(a) dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan
  7. Memberi jawapan/maklumbalas semua surat-surat permohonan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan

 

 CARTA ORGANISASI

 

More in this category: Unit Strategi Nasional (NSU) »