wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

VISI
Menjadi pakar rujuk bagi isu dan hubungan antarabangsa di bawah seliaan Kementerian Kewangan.

MISI
Mempertingkat kerjasama antarabangsa secara cekap dan berkesan bagi memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

OBJEKTIF
Memastikan pendirian Kementerian Kewangan di peringkat antarabangsa adalah sejajar dengan dasar-dasar semasa Kerajaan.

FUNGSI
Merangka strategi dan mengatur penglibatan dalam semua perkara dua hala dan pelbagai hala di bawah seliaan Kementerian Kewangan.

Sektor Multilateral dan Kerjasama Serantau
Merangka strategi dan mengatur penglibatan dalam semua forum pelbagai hala dan serantau.

    1. Seksyen Multilateral
      Mewakili Malaysia dalam mesyuarat, sesi dialog dan forum yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa termasuk Bank Dunia (WB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pembangunan Islam (IDB).
    2. Seksyen Kerjasama Serantau
      Mewakili Malaysia dalam mesyuarat, sesi dialog dan forum yang dianjurkan oleh pertubuhan serantau termasuk Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara + Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea (ASEAN + 3), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM).

 

Sektor Penyelidikan dan Perundingan
Merangka strategi dan mengatur penglibatan dalam rundingan termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan menjalankan kajian/penyelidikan.

      1. Seksyen Penyelidikan
        Membangunkan dan melaksanakan strategi untuk penyelidikan dan pemantauan perkembangan ekonomi dan kewangan antarabangsa serta menyediakan analisis.
      2. Seksyen Perundingan
        Mewakili Kementerian Kewangan dalam rundingan termasuk rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

 

PIAGAM PELANGGAN

      1. Memastikan semua urusan persediaan lawatan/misi luar negara di peringkat Pengurusan Tertinggi Perbendaharaan teratur.
      2. Menyediakan Nota Ikhtisar mengenai isu-isu antarabangsa di bawah seliaan Kementerian Kewangan untuk delegasi Malaysia.
      3. Menyediakan suku tahunan dan laporan tahunan mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan antarabangsa.
      4. Menyertai mesyuarat dan rundingan antarabangsa yang berkaitan.

 

 CARTA ORGANISASI