wrapper

Topik Popular

VISI
Peneraju perolehan Kerajaan yang dinamik, adil dan saksama serta berintegriti ke arah mencapai tadbir urus terbaik.

MISI
Mengawal selia perbelanjaan wang awam secara profesional dan telus melalui kerjasama dengan stakeholders dalam menggubal dasar perolehan Kerajaan yang strategik dan memberikan nilai faedah yang terbaik

OBJEKTIF
Memastikan semua perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan

PIAGAM PELANGGAN
a) Permohonan daripada pembekal/perunding yang lengkap dan memenuhi syarat akan diproses dan diperakukan dalam tempoh berikut:

 Permohonan Tempoh
Pendaftaran Baru 7 hari bekerja
Pembaharuan Pendaftaran 7 hari bekerja
Penambahan Kod Bidang 7 hari bekerja
Pendaftaran Firma Perunding 30 hari bekerja 
(14 hari bekerja bagi sekitar Lembah Klang)
Pemberian Taraf / Bumiputera / Pembuat / Pengilang & sebagainya 30 hari bekerja 
(14 hari bekerja bagi sekitar Lembah Klang)
Mengemaskini Profil 3 hari bekerja

b) Permohonan daripada Agensi Kerajaan yang lengkap dan memenuhi syarat akan diproses dan diperakukan dalam tempoh berikut:

Permohonan Tempoh
Pengecualian Khas 30 hari bekerja
Perakuan Tender 14 hari bekerja
Pelantikan Perunding 14 hari bekerja
Isu-isu Pentadbiran Kontrak 30 hari bekerja

c) Menggubal dasar dan mengemaskini dari semasa ke semasa semua tatacara dan peraturan serta garis panduan perolehan Kerajaan; dan

d) Memberi khidmat nasihat dalam tempoh segera kepada Stakeholders/ Pelanggan berkaitan dasar, tatacara dan peraturan perolehan Kerajaan.

  CARTA ORGANISASI