wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

VISI

Menjadi pengurus pelaburan strategik Kerajaan yang cemerlang bagi mewujudkan nilai yang mampan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi nasional melangkaui tahun 2020.

MISI

Memaksimumkan impak pelaburan Kerajaan dalam syarikat Kerajaan dari segi pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat.

OBJEKTIF

Memastikan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] menjalankan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan syarikat.

FUNGSI

  1. Menentukan dasar domestik dan antarabangsa berkaitan syarikat milik Kerajaan.
  2. Melaksanakan dan menyelaras urusan korporat yang berkaitan dengan kepentingan MKD sebagai pemegang saham dalam syarikat.
  3. Melaksanakan analisis dan pemantauan ke atas prestasi kewangan, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan portfolio pelaburan MKD.
  4. Mengendalikan urusan pelaburan MKD.
  5. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan semula organisasi dan kewangan syarikat, pelupusan, penggabungan, pengambilalihan dan rasionalisasi syarikat.
  6. Memantau dan memastikan amalan tadbir urus syarikat MKD adalah teratur.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan

Kementerian Kewangan Malaysia

Aras 5, Blok Selatan

Kompleks Kementerian Kewangan Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya

 

03-8882 3719

03-8882 3870

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUNCA KUASA DAN PERATURAN

Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 (pindaan 1989) [Akta 375] memberi kuasa kepada Menteri Kewangan Diperbadankan untuk memasuki kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada setiap perihalan, dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik dan memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau berurusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada [MKD] atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan wajar oleh [MKD].

Bil. Punca Kuasa dan Peraturan Pautan
1. Akta Acara Kewangan 1967 -
2. Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 Jabatan Peguam Negara
3. Akta Syarikat 2016 Suruhanjaya Syarikat Malaysia
4. The Malaysian Code of Corporate Governance 2017
Suruhanjaya Sekuriti
5. Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan Diperbadankan Kementerian Kewangan Malaysia
6. Tatacara dan Tataurusan Syarikat Berbeza mengikut syarikat
7. Pekeliling Perbendaharaan
- Syarikat Tersenarai Bumiputera
- Perolehan Kerajaan
1Pekeliling Perbendaharaan

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan bertanggungjawab memberi perkhidmatan korporat yang cekap dan berkesan serta nasihat kewangan bagi aktiviti pelaburan kepada syarikat-syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Kami berjanji untuk memproses dan menyampaikan keputusan Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau Kementerian Kewangan dalam perkara-perkara berikut selepas penerimaan permohonan lengkap:

Bil. Perkara Tempoh
1. Resolusi dan proksi Mesyuarat Agung Tahunan  (AGM)/Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) syarikat-syarikat MKD 10 hari bekerja
2. Pelantikan serta penetapan terma dan syarat perkhidmatan Pengerusi / Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif  syarikat-syarikat MKD 7 hari bekerja
3. Pelanjutan serta penetapan terma dan syarat perkhidmatan Pengerusi / Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif  syarikat-syarikat MKD 10 hari bekerja
4. Pembayaran bonus bagi Pengarah Urusan / Ketua Pegawai  Eksekutif dan semua kakitangan syarikat-syarikat MKD 10 hari bekerja
5. Semakan semula gaji bagi Pengarah Urusan / Ketua Pegawai  Eksekutif dan semua kakitangan syarikat-syarikat MKD 2 bulan
6. Penstrukturan semula syarikat-syarikat MKD 6–12 bulan
7. Penstrukturan semula bantuan kewangan syarikat-syarikat   MKD 6–12 bulan
8. Permohonan pelaburan / pinjaman / pelupusan  syarikat-syarikat MKD 1–3 bulan
9. Ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri 2 minggu
10. Penyediaan ulasan / jawapan ke atas pertanyaan Parlimen 7 hari sebelum tarikh soalan

 CARTA ORGANISASI