wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

VISI
Menjadi Bahagian yang berkeupayaan, berwibawa dan disegani oleh semua pihak dalam menerajui aspirasi pihak berkepentingan terutamanya pengurusan atasan dan Kerajaan sebagai pusat kecemerlangan korporat dan melalui system komunikasi yang responsive dan efektif.

MISI
Memantau dan memantapkan tadbir urus system pengurusan kewangan sektor awam, menerajui hal ehwal korporat yang berteraskan kepada agenda transformasi dan KPI semua Bahagian di Perbendaharaan serta tindakan ke atas keputusan stakeholder luar dan dalam (Jemaah Menteri, KSN dan pihak pengurusan atasan) di samping melaksanakan program-program komunikasi korporat mengikut keperluan semasa.

OBJEKTIF

  1. Memantau pematuhan sistem pengurusan kewangan dari aspek tadbir urus, transformasi, auditan bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.
  2. Mempertingkatkan usaha inovasi, transformasi Perbendaharaan dan dasar ICT bagi memastikan kelestarian dan mengikut kehendak stakeholder.
  3. Menguruskan khidmat perhubungan awam, publisiti dan maklumbalas / aduan, urusan parlimen dan mesyuarat Jemaah Menteri.

 

FUNGSI

  1. Merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Perbendaharaan serta pencapaian petunjuk prestasi utama bagi YB MKII, TMK, KSP dan Bahagian;
  2. Meningkatkan keberkesanan promosi dan penyampaian maklumat mengenai dasar melalui strategi komunikasi yang komprehensif dan terkini;
  3. Menyelaras kajian semula Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan agar lebih fleksibel dan relevan mengikut masa;
  4. Menguruskan hal ehwal Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) Kementerian Kewangan serta memantau isu-isu berbangkit dalam JKTU peringkat kebangsaan;
  5. Menyelaraskan urusan persidangan di Parlimen dan maklumbalas mesyuarat jemaah menteri berkaitan Kementerian Kewangan;
  6. Merancang dan menguruskan pelaksanaan program-program kualiti dan inovasi di peringkat Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan; Memantau dan menyelaras pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;
  7. Menyelaras maklumbalas terhadap Laporan Ketua Audit Negara daripada agensi Kerajaan untuk dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dan Parlimen;
  8. Meneruskan kesinambungan transformasi strategik Perbendaharaan;
  9. Menyelaras pelan strategik e-payment sektor awam serta menjaga kepentingan wang awam dalam pelaksanaan projek mega ICT.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memantau pelaksanaan dan pencapaian KPI YBMK II, TMK, KSP dan bahagian setiap suku tahun;
  2. Khidmat nasihat mengenai Sistem Pengurusan Kewangan, Audit Dalam dan hal-hal Perakaunan secara berkesan dalam tempoh antara 5 hingga 14 hari bergantung kepada keperluan merujuk kepada pihak ketiga;
  3. Menganjurkan sekurang-kurangnya 90% daripada program latihan Audit Dalam yang dirancang pada setiap tahun;
  4. Melaksanakan penilaian keberkesanan setiap Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun;
  5. Meluluskan permohonan Borang-Borang Kewangan baru atau pindaan dari Agensi-agensi Kerajaan dalam tempoh 1 bulan;
  6. Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
  7. Menyelaras dan menyediakan laporan maklum balas ke atas teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh LKAN diterima;
  8. Mendapatkan jawapan kepada pertanyaan soalan-soalan Parlimen dalam tempoh 5 hari bekerja sebelum ianya dikemukakan di Dewan;
  9. Laporan maklum balas keputusan Jemaah Menteri yang memerlukan tindakan segera dikemukakan selewat-lewatnya jam 4.00 petang hari Selasa setiap minggu;
  10. Memaklumkan kepada bahagian yang terlibat di Perbendaharaan mengenai aturan urusan mesyuarat parlimen untuk hari berikutnya sebelum jam 8.00 malam.

 

 CARTA ORGANISASI