wrapper

Topik Popular

VISI
Mendukung Kedaulatan Undang-Undang dalam melaksanakan Polisi Kewangan Negara

MISI
Memastikan nasihat undang-undang dan khidmat perundangan yang diberikan adalah selaras dengan Dasar Kewangan Negara yang bertunjangkan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara serta prinsip undang-undang.

OBJEKTIF
Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Kewangan, Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Kewangan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam.

 

FUNGSI

  1. Memberi nasihat perundingan kepada semua Bahagian di Perbendaharaan, Jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan.
  2. Menggubal dan menyemak undang-undang, peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan dokumen perundangan lain yang melibatkan Kementerian Kewangan.
  3. Menggubal dan menyemak dokumen perjanjian dan kontrak termasuk mengambil bahagian dalam rundingan kontrak.
  4. Menyertai rundingan-rundingan perjanjian yang melibatkan Kementerian Kewangan di peringkat domestik dan antarabangsa seperti projek penswastaan, perjanjian percukaian dua kali dan perjanjian perdagangan bebas.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi pandangan undang-undang bertulis yang berkualiti dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap, manakala bagi nasihat perundangan yang kompleks dalam tempoh 30 hari bekerja.
  2. Menyemak dan/atau menggubal perundangan utama sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan dalam tempoh 90 hari bekerja dengan syarat dasar serta isu-isu kewangan telah diselesaikan.
  3. Menyemak dan/atau menggubal perundangan subsidiari sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dasar serta isu-isu kewangan telah diselesaikan.
  4. Menyemak dan menggubal Perjanjian dan dokumen perundangan yang lain dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap dengan syarat dasar serta isu kewangan telah dimuktamadkan. Manakala, bagi perjanjian dan dokumen perundangan yang lebih kompleks dalam tempoh 30 hari bekerja.
  5. Mengambil arahan dan mengendalikan sesuatu tindakan guaman bagi pihak atau terhadap Kerajaan Malaysia dengan memastikan tindakan awalan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 10 minggu dari tarikh arahan tersebut diterima.

 

 CARTA ORGANISASI