wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

Yang Berhormat
Dato' Ir Amiruddin Hamzah

Timbalan Menteri Kewangan Malaysia

03-8882 8969
amiruddinhamzah @treasury.gov.my

Biografi

Dato' Haji Ir Amiruddin Hamzah merupakan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau memegang jawatan ini pada 2 Julai 2018 berikutan kemenangan Pakatan Harapan (Alliance of Hope) dalam Pilihan Raya Umum yang ke-14 pada 9 Mei 2018.

Dilahirkan pada April 1962 di Kedah, Dato' Haji Ir Amiruddin merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Struktur dari University of Bradford, United Kingdom. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari universiti yang sama sepuluh tahun kemudiannya. Beliau sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan mempunyai tujuh (7) orang cahaya mata. Kini, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah bagi penggal pertama dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini dan lima (5) penggal berturut-turut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Anak Bukit, Kedah.

Pengalaman Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Eksekutif Jurutera di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan telah berkhidmat selama 13 tahun. Memandangkan beliau mempunyai rekod yang baik dalam industri ini, beliau kemudiannya diberi tawaran oleh TR Properties Sdn Bhd untuk berkerja bersama. Selama dua (2) tahun di syarikat tersebut, beliau kemudiannya ditawarkan untuk bekerja sebagai Pengurus Kanan di Darulaman Reality Sdn Bhd. Sebagai seorang yang sentiasa ingin maju kehadapan bagi meningkatkan rangkaian dan kepakaran, beliau menerima jawatan tersebut dengan hati yang terbuka.

Kerjaya Politik

Dato' Haji Ir Amiruddin seorang yang mempunyai semangat kenegerian di mana beliau telah mendedikasikan hidupnya dengan mengharungi beban dan memperkasakan rakyat keseluruhannya. Sebagai seorang anak jati Negeri Kedah yang mengamalkan nilai-nilai Islam yang diwarisi oleh keluarga dan persekitaran, beliau memilih untuk memulakan kerjaya politik sebagai ahli Parti Islam Semalaya yang dikenali sebagai PAS. Kejayaan pertama beliau sebagai ahli politik ialah, kemenangan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit pada tahun 2002 menerusi Pilihan Raya Kecil yang menggantikan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Semasa penggal ketiga sebagai ADUN, beliau telah dilantik sebagai ahli kanan Jawatankuasa Eksekutif Negeri Kedah (EXCO) pada tahun 2008.

Semasa beliau memegang jawatan sebagai Exco Negeri bagi Industri, Pelaburan dan Bioteknologi Kedah, beliau telah berjaya meningkatkan peluang pekerjaan daripada 16,000 hingga 26,000 dalam tempoh lima (5) tahun terutama di Kulim Hitech Park (KHTP). Sebagai Pengerusi kepada KHTP, beliau telah berjaya menarik beberapa pelabur antarabangsa untuk melabur dan menambah baik semula ekonomi Negeri Kedah sementara beliau masih memegang jawatan tersebut.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, beliau membuat keputusan untuk menukar parti politik kepada parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai oleh Perdana Menteri sekarang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 atas tiket Ahli Parlimen Kubang Pasu dan juga ADUN Anak Bukit, Kedah.

Berhijrah ke Putrajaya

Semenjak menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sentiasa berusaha untuk menunaikan janji kepada rakyat. Beliau berhasrat untuk mewujudkan tadbir urus yang baik dan diamanahkan untuk mengetuai kewangan dan ekonomi Islam. Beliau berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah Hub Serantau Kewangan dan Ekonomi Islam.