wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

Perspektif Sejarah

  1. Dalam abad 19 dan 20 di bawah Sistem Residensi, Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah diurus dan ditadbir dengan sistem beraja.
  2. Setiap negeri mempunyai undang-undang dan kawalan kewangan tersendiri.
  3. Residen berperanan sebagai Penasihat.
  4. Urusan mengutip, mengurus dan mengawal sistem kewangan dikendalikan oleh Bendahara.
  5. Penguasa tempatan, Penghulu dan Ketua Kampung ditugaskan mengutip cukai.
  6. Semua permohonan Belanjawan akan dihantar kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat oleh Residen untuk persetujuan.
  7. Laporan Belanjawan dihantar ke Pejabat Crown Colony di India.
  8. Setelah Pejabat Crown Colony berpindah ke Ibu Pejabat di London pada tahun 1897, semua kunci kira-kira Negeri Bersekutu, dihantar ke London untuk dicetak dan dibentangkan dalam laporan tahunan kewangan di Parlimen Britain.
  9. Penghujung abad ke 19, Jajahan Melayu memasuki era ekonomi moden.
  10. Pentadbiran British mula dilihat tidak cekap dan menguntungkan.
  11. Persetujuan Majlis Persekutuan ditandatangani pada 25 Oktober 1909 membolehkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ditubuhkan dan diurus tadbir secara berpusat.
  12. Majlis Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada ahli-ahli lembaga seperti:
    1. Pesuruhjaya Tinggi British (Presiden Majlis)
    2. Residen General (Presiden Gantian)
    3. Empat (4) Raja-raja Melayu dan Penasihat Inggeris
    4. Empat (4) ahli-ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
  13. Pesuruhjaya Kewangan pertama ialah Henry George Bagnall Vane yang dilantik pada tahun 1909 sehingga 1915.

Perkembangan Perbendaharaan Malaysia
Tahun 1950 – Kini

  1. Pada tahun 1951, Pekeliling Perbendaharaan 15 Tahun 1951 telah dikeluarkan bagi menggaris penubuhan Perbendaharaan Persekutuan.
  2. Perbendaharaan Persekutuan ditubuhkan bagi menyelaras pentadbiran kewangan secara berpusat di semua negeri.
  3. Pekeliling turut menjelaskan peranan dan tanggungjawab Perbendaharaan Persekutuan dan Setiausaha Perbendaharaan yang diberi kuasa mengawal selia dan mengurus kutipan hasil dan perbelanjaan Kerajaan.
  4. Kini, Pebendaharaan Malaysia menjadi agensi pusat kerajaan yang kekal dengan fungsinya iaitu mengurus dan pembangunan ekonomi negara.
  5. Mandat dilaksanakan bersama Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain Kementerian termasuk Bank Negara.
  6. Hubungan kerjasama ini membantu Kerajaan dalam menstrukturkan ekonomi negara yang sentiasa dipengaruhi oleh kedudukan kewangan antarabangsa.

 

  • Selanjutnya..

    1950

    1. Semasa penubuhan awal Perbendaharaan, terdapat lima (5) bahagian telah diwujudkan dan salah satu daripadanya ialah Bahagian Perdagangan.
    2. Pada pertengahan tahun 50an, aktiviti-aktiviti perdagangan dan perniagaan meningkat dengan pesat menyebabkan bahagian perdagangan tidak mampu untuk mengendalikan kerja-kerja yang bertambah dengan begitu banyak.
    3. Kementerian Perdagangan dan Industri ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengambil alih peranan dan fungsi perniagaan dan perdagangan daripada Perbendaharaan.
    4. Keperluan dalam bidang perkhidmatan Penilaian turut meningkat.
    5. Unit Penilaian telah diwujudkan pada tahun 1957 bagi menjalankan kerja-kerja perkhidmatan penilaian yang sebelum ini dikendalikan oleh sektor swasta.
    6. Penubuhan Unit Penilaian ini telah menambahkan simpanan Kerajaan.
    7. Pada tahun 1959, Bank Negara telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan yang sentiasa meningkat dalam permintaan penukaran mata asing antarabangsa akibat daripada perniagaan dan perdagangan yang semakin rancak, pada masa yang sama mendorong Kerajaan kepada pinjaman luar negeri bagi membangunkan sektor pertanian dan sosial.

     

    1960

    1. Pada tahun 1960an, beberapa bahagian dan unit baru ditubuhkan.
    2. Ia ditubuhkan untuk mengungkap dasar hasil dan kewangan negara bagi mencapai objektif ekonomi dan sosial kebangsaan.
    3. Sistem kewangan telah disusun semula dengan tertubuhnya Jabatan Kewangan Persekutuan Sabah dan Sarawak.
    4. Bagi memupuk syarikat-syarikat Bumiputra supaya dapat turut serta dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan aliran utama ekonomi negara, Bahagian Kontrak dan Bekalan diberi tugas untuk mengendalikannya dan Unit Penyertaan Bumiputra diwujudkan.
    5. Selaras dengan tugas dan tanggungjawab baru, struktur organisasi Perbendaharaan Persekutuan telah melalui perubahan yang maju dan berkesan.

     

    1970

    1. Kerajaan mula menubuhkan beberapa badan berkanun sebagai pencetus pembangunan di negeri-negeri yang melibatkan penyertaan Bumiputra seperti PERNAS, UDA, Lembaga Pembangunan Kawasan dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Negeri.
    2. Bahagian Pinjaman Perumahan mula ditubuhkan bagi menyediakan pinjaman perumahan kepada para pekerja bagi membolehkan mereka membiayai pembelian rumah sendiri.

     

    1980

    1. Perbendaharaan disusun semula kepada tiga (3) sektor iaitu Kewangan dan Pentadbiran, Hasil dan Perancangan serta Belanjawan.
    2. Penstrukturan ini bertujuan untuk mengukuh kegunaan belanjawan sebagai alat pengurusan strategik.
    3. Program dan Sistem Prestasi Belanjawan dikaji semula dan diperkenalkan pula Sistem Belanjawan yang diubahsuai pada penghujung tahun 1980an.
    4. Tahun 1985, Jawatankuasa Terbitan Modal (CIC) dinaik taraf kepada sebuah unit untuk mentadbir pelaksanaan Akta Perusahaan Sekuriti bertujuan untuk memastikan kemajuan pasaran wang yang terurus.
    5. Pada tahun 1988, Pentadbiran Insuran dipindahkan ke Bank Negara.

     

    1990

    1. Ekonomi Malaysia tumbuh dengan pesat berdasarkan faktor-faktor positif yang memerlukan pewujudan pasaran modal yang besar dan mendalam.
    2. Dua institusi besar ditubuhkan iaitu Suruhanjaya Sekuriti (1993) dan Khazanah Nasional (1995).
    3. Tahun 1997, Krisis Kewangan Asean memberi kesan kepada ekonomi negara.
    4. Beberapa bank dan perusahaan dibebankan dengan pinjaman yang tidak terbayar mengakibatkan Kerajaan memikul beban hutang yang tinggi.
    5. Perbendaharaan sekali lagi telah bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini dengan mewujudkan Danaharta, Danamodal dan Jawatankuasa Penstrukturan Hutang Korporat (CDRC) .

     

    2000

    1. Perbendaharaan telah disusun semula kepada tiga (3) sektor iaitu Dasar, Operasi, Sistem dan Kawalan, sejajar dengan realiti ekonomi yang semakin mencabar dan kompleks.
    2. Penstrukturan memberi fokus kepada aspek strategi, operasi dan kemajuan pengurusan.
    3. Perbendaharaan menjadi lebih fokus dan berkesan terhadap isu-isu dan masalah yang timbul dari masa ke semasa.

     

    2010

    1. Perkembangan dan kemajuan ekonomi negara menjadikan peranan Perbendaharaan menjadi lebih efisen dan mula bertindak sebagai penasihat strategik yang melibatkan fungsi-fungsi kewangan negara.
    2. Program Transformasi Perbendaharaan (TTP) mula diperkenalkan oleh Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dilancarkan pada Januari 2013 selaras dengan Agenda Transformasi Nasional yang dicetuskan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada tahun 2010 menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).
    3. Bagi mengukuhkan kedudukan Perbendaharaan Malaysia dan global, ‘Tomorrow’s Treasury, Today’ telah menetapkan teras utama peranannya dengan memastikan penempatan warga kerja selari dengan kemahiran yang berpengetahuan khusus dalam bidang yang dikenalpasti.
    4. Selepas TTP dilaksanakan, struktur organisasi Perbendaharaan Malaysia telah ditambah baik dengan menambahkan dua (2) Bahagian baharu iaitu Bahagian Antarabangsa dan Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun.

     

Muat Turun Versi PDF  

Y.B TUN ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI

2003 - 2008

S.P.M.S, S.S.S.J, S.P.S.A, S.S.A.P, S.P.D.K, D.P, S.P.N.S, D.G.P.N, D.S.S.A, D.M.P.N, D.J.N, K.M.N, A.M.N

Y.B. TUN DAIM BIN ZAINUDDIN

1999 - 2001

S.S.M, S.P.M.S, D.H.M.S, S.S.A.P

Y.B. DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM

1991 - 1998

S.S.P.J, S.P.M.C, S.S.A.P, S.P.D.K, D.U.P.N, D.G.S.M, S.P.N.S, D.M.P.N

Y.B TUN DAIM BIN ZAINUDDIN

1985 - 1991

S.S.M, S.P.M.S, D.H.M.S, S.S.A.P

Y.B.M TENGKU RAZALEIGH BIN HAMZAH

1976 - 1984

S.P.M.S, S.S.A.P, S.P.M.K, P.S.M, D.K

Y.A.B. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN

1969 - 1970

D.U.P.N, D.M.N, S.I.M.P, S.P.D.K, S.P.M.P, S.S.J, S.P.M.S, S.P.M.J, S.P.M.K, S.M.N, D.K

TUN TAN SIEW SIN

1959 - 1969 & 1970 - 1974

S.S.M, J.P

Y.A.B. TUN (KOL.) HAU-SHAIK LEE

1957 - 1959

S.M.N, J.P

Y.BHG. TAN SRI DATO' SRI DR WAN ABD AZIZ BIN WAN ABDULLAH

2007 - 2012

 

Y.BHG. TAN SRI IZZUDDIN BIN DALI

2004 - 2007

S.S.A.P, D.S.P.N (Brunei), K.M.N

Y.BHG. TAN SRI DR. SAMSUDIN BIN HITAM

2000 - 2004

P.S.M, D.P.M.T, D.P.M.P, K.M.N,A.M.N

Y.BHG. TAN SRI DATO' OTHMAN BIN RIJAL

2000 - 2004

 

Y.BHG. TAN SRI DATUK DR. ARIS BIN OTHMAN @ OSMAN

1997 - 1999

 

Y.BHG. TAN SRI DATUK CLIFFORD F. HERBERT

1993 - 1997

P.S.M, P.S.D, J.S.M, K.M.N

Y.BHG. TAN SRI DATO' MOHD. SHERIFF BIN MOHD. KASSIM

1991 - 1993

P.S.M, D.S.P.K, K.M.N, D.P.M.S

Y.BHG. TAN SRI ZAIN AZRAAI BIN ZAINAL ABIDIN

1986 - 1991

P.S.M, P.S.D, S.P.M.P, D.S.M

Y.BHG. TAN SRI DATO' THONG YAW HONG

1979 - 1985

P.S.M, S.I.M.P, D.S.A.P, D.I.M.P, J.M.N, S.M.P, J.B.S, A.M.N

Y.BHG. TAN SRI ABDULLAH BIN AYUB

1979 - 1985

P.M.N, P.S.M, S.P.M.J, S.P.C.M, D.P.M.J, D.P.C.M, P.G.D.K, D.P.M.T, D.P.S.K, J.M.N, K.M.N

Y.B.M RAJA TUN MOHAR BIN RAJA BADIOZAMAN

1971 - 1972

S.S.M, P.M.N, P.S.M, S.P.C.M, S.S.S.A, J.M.N, S.P.C.M

Y.BHG. TAN SRI MOHD. SHARIFF BIN ABDUL SAMAD

1964 - 1970

P.M.N, D.S.J,P.P.T

Y.BHG. TAN SRI DATO' ABDUL JAMIL BIN ABDUL RAIS

1961 - 1964

P.M.N, S.P.M.S,S.P.C.M,P.J.K

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family