wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

VISI

Perbendaharaan sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan demi kemakmuran rakyat dan negara

OBJEKTIF

  • Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan.
  • Memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara.
  • Mempastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah.
  • Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

FUNGSI

  1. Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.
  2. Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua kementerian.
  3. Menyelaras hubungan kerjasama berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan di peringkat antarabangsa bagi memelihara kepentingan negara.
  4. Menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana hasil negara.
  5. Memantau syarikat kerajaan yang ditubuhkan di bawah menteri kewangan diperbadankan serta pengurusan kewangan badan berkanun persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman, aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik.
  6. Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan kerajaan.
  7. Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan kerajaan negeri.
  8. Menerajui projek-projek strategik bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam untuk kesejahteraan rakyat.
  9. Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek-projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara.
  10. Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam.
  11. Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama.

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family