wrapper

Topik Popular

Tindakan Tatatertib

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan jika pegawai memperolehi sijil sakit palsu dan adakah wajar seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan sijil sakit dari klinik swasta?

Perlu dingat bahawa sijil sakit yang dkeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar(doktor) itu adalah sebagai satu perakuan /pengesahan bahawa pegawai kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan. Jika Ketua Jabatan bersetuju dengan pendapat doktor itu maka cuti sakit pegawai boleh diluluskan. Pada tarikh pegawai disahkan tidak sihat itu, mereka sepatutnya berehat di hospital atau di rumah.

Jika dapat dibuktikan pegawai memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati tidak sakit seperti yang dilaporkan oleh doktor, Maka Ketua Jabatan boleh tidak meluluskan cuti sakit atau melaporkan kepada pihak polis dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.

Dengan tindakan demikian Ketua Jabatan tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa sebaliknya Ketua Jabatan hanya mempersoalkan integriti pegawai terbabit.

Bagaimana menguruskan masalah pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tenggelam timbul: kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak?

Jika ketidakhadiran itu merupakan kesalahan tattertib, tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Di peringkat awal kesalahan itu dilakukan dan jumlahnya masih sedikit,pegawai sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan. Tindakan tatatertib ialah langkah terfakhir, iaitu jika tindakan awal tidak berkesan.

Berapakah tempoh yang boleh dianggap Tidak Hadir Bertugas?

Tiada disebut tempoh di dalam pertauran. Mengikut Peraturan 23,Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993, menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidak hadir bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ' tidak hadir bertugas'?

Tuduhan yang sesuai dikenakan kepada pegawai ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini boleh dibuktikan melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain ( jika ada) yang dapat memperlihatkan tempoh masa beliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan tidak hadir bertugas.

Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius?

Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya.Ini bermaksud baki gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolument dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.

Apakah peranan Ketua Jabatan jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius?

Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya. Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius,tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuan Perkhidmatan Awam di bawah peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil. Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.