wrapper

Topik Popular

  • Siapakah boleh merayu ke Tribunal?

    Mana-mana orang yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Ketua Pengarah Kastam yang dibuat selepas 1 Jun 2007 di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 boleh merayu ke Tribunal.

  • Apakah keputusan yang boleh dirayu?

    Apa-apa keputusan Ketua Pengarah Kastam kecuali mengenai kompaun atau barang rampasan boleh dirayu ke Tribunal. Contoh-contoh perkara yang boleh dirayu antaranya adalah keputusan mengenai penilaian, penjenisan, ambilan balik (drawback) dan lain-lain.

  • Bagaimanakah memfailkan rayuan?

    Rayuan hendaklah dalam Borang A (empat salinan) dengan fi pemfailan RM100.00.

  • Di manakah Borang A boleh diperolehi?

    Borang A boleh diperolehi dari Pejabat Tribunal Rayuan Kastam di Putrajaya atau dimuat turun dari portal Tribunal di http://tribunalkastam.treasury.gov.my.

  • Bagaimanakah membayar fi pemfailan?

    Fi pemfailan RM100.00 boleh dibayar secara tunai sekiranya perayu datang ke pejabat Tribunal,atau melalui wang pos, wang kiriman pos, bank draf atau cek syarikat atas nama "Pengerusi Tribunal Rayuan Kastam".

  • Bilakah rayuan perlu difailkan?

    Rayuan perlu difailkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima notifikasi bertulis keputusan Ketua Pengarah Kastam.

  • Jika tempoh 30 hari telah luput, adakah rayuan masih boleh difailkan?

    Jika tempoh tersebut telah luput, perayu boleh memohon lanjutan masa memfailkan rayuan. Garis panduan tatacara membuat permohonan pelanjutan masa boleh diperolehi di portal Tribunal di http://tribunalkastam.treasury.gov.my.

  • Bolehkah peguam mewakili perayu?

    Peguamcara dan peguambela tidak boleh mewakili perayu. Walau bagaimanapun seorang peguam yang bekerja sepenuh masa dalam sesebuah syarikat boleh mewakili syarikatnya.

  • Bolehkah seorang konsultan mewakili perayu?

    Seorang konsultan boleh mewakili perayu.

  • Mengapa perayu mesti menjelaskan semua duti/cukai Kastam termasuk penalti sebelum rayuan boleh didengar?

    Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Kastam (Tribunal Rayuan) 2007, menetapkan bahawa semua duti/cukai Kastam dan penalti yang kena bayar mesti dijelaskan terlebih dahulu sebelum rayuan boleh didengar.

    Walau bagaimanapun,perayu adalah dinasihati untuk memfailkan rayuan dengan segera bagi mematuhi tempoh rayuan 30 hari.Tribunal hanya akan menetapkan tarikh pendengaran selepas Peraturan 4 dipatuhi.

  • Di manakah pendengaran diadakan?

    Menjadi tribunal rayuan yang dinamik dalam penyelesaian pertikaian perkastaman.

  • Adakah kos-kos yang lain selain dari fi pemfailan?

    Selain dari fi pemfailan tiada kos-kos pentadbiran lain yang perlu dibayar. Walau bagaimanapun perayu perlu menanggung sendiri kos saksi yang dipanggil olehnya.

  • Adakah keputusan Tribunal boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi?

    ...