wrapper

Topik Popular

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Berkanun Persekutuan (BBP)?

    Mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240], Badan Berkanun Persekutuan ialah mana-mana pertubuhan perbadanan tidak kira dengan nama apa ia dikenali yang diperbadankan menurut peruntukan Undang-Undang Persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

    Seperti syarikat, BBP merupakan entiti berasingan yang mempunyai kuasa pentadbiran umum, boleh menyaman dan disaman atas namanya, boleh memeterai kontrak dan boleh memiliki, membeli, mengambil, memegang, serta menikmati pelbagai jenis harta alih dan tidak alih.

  • Apakah matlamat dan tujuan Badan Berkanun Persekutuan (BBP) ditubuhkan?

    Umumnya, matlamat penubuhan BBP adalah untuk membolehkan Kerajaan bertindak lebih cekap tanpa terikat dengan peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan melalui suatu badan yang boleh bergerak lebih pantas seiring dengan syarikat-syarikat swasta. Ini kerana sebagai badan Kerajaan yang diuruskan secara autonomi, BBP mempunyai kelebihan dari segi lebih fokus kepada objektif masing-masing, lebih fleksible dan lebih mudah dinilai prestasi dan akauntabilitinya memandangkan ianya entiti yang berasingan.

  • Siapakah yang mempunyai kuasa tertinggi dalam urusan pentadbiran Badan Berkanun Persekutuan (BBP)?

    Dari aspek pentadbiran BBP, kuasa tertinggi terletak pada Lembaga badan berkanun yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah badan berkanun tersebut.

  • Apakah antara rujukan utama yang digunakan oleh Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dalam menjalankan pentadbirannya? Antara rujukan utama BBP dalam menjalankan pentadbirannya adalah:

    Antara rujukan utama BBP dalam menjalankan pentadbirannya adalah:

    1. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240]
    2. Akta Badan Berkanun (Kuasa Meminjam) 1999 [Akta 596]
    3. Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]
    4. Pekeliling-pekeliling Kerajaan yang khusus berkaitan dengannya

     

  • Apakah perkara-perkara yang diperuntukkan dalam sesuatu akta tubuh Badan Berkanun Persekutuan yang melibatkan kuasa Menteri Kewangan?

    Secara amnya, perkara-perkara yang melibatkan kuasa Menteri Kewangan di bawah Akta tubuh BBP merangkumi kuasa melulus bagi pelaburan, pinjaman dan penubuhan anak-anak syarikat oleh BBP. Namun, terdapat perkara-perkara berkaitan pengurusan kewangan yang lain yang turut dirujuk kepada Menteri Kewangan.

  • Apakah asas pelantikan wakil Kementerian Kewangan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam Badan Berkanun?

    Wakil Kementerian Kewangan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam Badan Berkanun dilantik berdasarkan akta penubuhan sesebuah Badan Berkanun.

    Umumnya, matlamat penubuhan BBP adalah untuk membolehkan Kerajaan bertindak lebih cekap tanpa terikat dengan peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan melalui suatu badan yang boleh bergerak lebih pantas seiring dengan syarikat-syarikat swasta. Ini kerana sebagai badan Kerajaan yang diuruskan secara autonomi, BBP mempunyai kelebihan dari segi lebih fokus kepada objektif masing-masing, lebih fleksible dan lebih mudah dinilai prestasi dan akauntabilitinya memandangkan ianya entiti yang berasingan.