wrapper

Topik Popular

  • Apakah peranan Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Kewangan (JPICT MOF)

    JPICT MOF merupakan sebuah jawatankuasa IT tertinggi peringkat kementerian yang ditubuhkan untuk memantau pembangunan dan penggunaan ICT di kementerian. Agensi-agensi Kementerian Kewangan yang menggunakan peruntukan kewangan kerajaan persekutuan perlu mendapat kelulusan teknikal projek ICT daripada JPICT MOF. JPICT MOF akan menimbang dan meluluskan permohonan projek ICT daripada sudut teknikal, berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan daripada. Senarai agensi yang terlibat adalah seperti berikut:

    1. Perbendaharaan Malaysia;
    2. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia – KDRM;
    3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia – JANM;
    4. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – LHDNM;
    5. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta – JPPH;
    6. Lembaga Pembangunan Langkawi – LADA;
    7. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan – FSA Labuan; dan
    8. Perbadanan Kemajuan Negeri.

    JPICT MOF memantau status pelaksanaan projek ICT setiap agensi yang telah diluluskan disamping pematuhan kepada inisiatif sektor awam.

  • Skop projek ICT yang memerlukan kelulusan teknikal daripada JPICT MOF?

    Skop projek ICT yang memerlukan kelulusan teknikal JPICT MOF adalah Projek Baru, Peningkatan Sistem, Pertambahan Peralatan, Perluasan Sistem, Perkhidmatan Perunding, Pelanjutan Kontrak Penyenggaraan Rangkaian ICT dan Internet serta seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2009.

    Projek ICT yang melibatkan penyenggaraan termasuk pembaharuan lesen dan pembaharuan langganan perkhidmatan atas talian juga memerlukan kelulusan teknikal JPICT MOF mengikut had nilai yang ditetapkan.

  • Peringkat kelulusan teknikal projek ICT mengikut had nilai projek?

    Semua projek ICT hendaklah mendapat kelulusan teknikal JPICT Agensi. Peringkat kelulusan teknikal adalah bergantung kepada skop dan had nilai projek seperti berikut:

    1. Bagi Permohonan Projek ICT yang MELIBATKAN pembangunan Sistem Aplikasi:
      • Semua projek ICT yang kurang daripada RM200,000.00 hendaklah mendapat kelulusan daripada JPICT di peringkat agensi sahaja;
      • Semua projek ICT melebihi RM200,000.00 dan telah diluluskan oleh JPICT Agensi hendaklah mendapat kelulusan teknikal daripada JPICT MOF; dan
      • Hanya projek ICT yang bernilai lebih daripada RM500,000 dan telah diluluskan oleh JPICT MOF akan dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTICT MAMPU.
    2. Bagi Permohonan Projek ICT yang TIDAK MELIBATKAN pembangunan Sistem Aplikasi:
      • Bagi projek ICT yang kurang daripada RM500,000.00 hendaklah mendapat kelulusan daripada JPICT di peringkat agensi sahaja;
      • Semua projek ICT yang melebihi RM500,000.00 dan telah diluluskan oleh JPICT Agensi hendaklah mendapat kelulusan teknikal daripada JPICT MOF; dan
      • Hanya projek ICT bernilai lebih daripada RM 3 juta dan telah diluluskan oleh JPICT MOF akan dikemukakan untukkelulusan teknikal JTICT MAMPU.
    3. Bagi permohonan projek ICT yang melibatkan penyenggaraan termasuk pembaharuan lesen dan pembaharuan langganan perkhidmatan atas talian:
      • Projek ICT yang melibatkan Penyenggaraan Sistem Aplikasi yang bernilai lebih daripada RM200,000 hendaklah mendapat kelulusan teknikal daripada JPICT MOF; dan
      • Projek ICT tanpa melibatkan Penyenggaraan Sistem Aplikasi yang bernilai lebih daripada RM500,000.00 hendaklah mendapat kelulusan teknikal daripada JPICT MOF.

  • Kekerapan Mesyuarat JPICT MOF?

    JPICT MOF akan mengadakan mesyuarat minimum empat (4) kali dalam satu tahun. Semua kertas permohonan hendaklah dikemukakan kepada urus setia (Seksyen Strategi dan Perancangan Sumber, Bahagian Teknologi Maklumat) selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh mesyuarat yang dijadualkan.

  • Tempoh sah laku kelulusan JPICT MOF?

    Tempoh sah laku kelulusan JPICT MOF adalah selama tiga (3) tahun dari tarikh surat kelulusan. Sekiranya projek yang diluluskan tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, agensi hendaklah memohon semula kelulusan JPICT MOF sebelum melaksanakan projek ICT tersebut.

  • Bagaimanakah cara untuk memohon akaun e-mel?

    Warga Perbendaharaan dikehendaki mengisi Borang Permohonan ID Pengguna/Pentadbir, PERB/BTM/UI/01 (Ver 1.2) yang boleh dimuat turun daripada Portal Perbendaharaan dan mengemukakan kepada Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat. Akaun emel akan diwujudkan dalam hari yang sama bagi permohonan yang diterima sebelum jam 2:00 petang. Permohonan yang diterima selepas jam 2:00 petang akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya.

  • Bagaimanakah cara untuk memohon peralatan ICT bagi pegawai baharu di Perbendaharaan?

    Pegawai Penyelaras ICT bahagian perlu mengemukakan permohonan melalui memo kepada Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat. Peralatan ICT akan disediakan dalam masa dua (2) hari dari tarikh terima permohonan tertakluk kepada ketersediaan stok.

  • Apakah prosedur pelaporan kerosakan kemudahan ICT Perbendaharaan?

    Warga Perbendaharaan boleh membuat aduan melalui telefon ke talian meja bantuan ICT iaitu 03-88824444 atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Single Sign-On Perbendaharaan?

    SATUId atau Single Authentication for Treasury User Identification adalah satu kemudahan single sign-on. Melalui SATUId, pengguna hanya perlu mengingat satu ID dan katalaluan sahaja untuk mengakses sistem-sistem aplikasi Perbendaharaan yang dibenarkan capaiannya.

  • Apakah peraturan/polisi ICT yang perlu dipatuhi oleh warga Perbendaharaan?

    Warga Perbendaharaan perlu menandatangani Surat Akuan Pematuhan Polisi ICT Perbendaharaan. Polisi ICT ini boleh dirujuk dalam Portal Perbendaharaan.