wrapper

Topik Popular

Apakah maksud Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) adalah perjanjian antara dua atau lebih negara untuk membentuk kawasan bebas dagang di mana perdagangan barangan dan perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan halangan bukan tarif dan tarif yang minimum. Mereka yang tidak terbabit (non-parties) dalam perjanjian ini tidak dapat menikmati layanan akses keutamaan di dalam perjanjian ini. Sila rujuk laman web miti di http://www.miti.gov.my

Apakah maksud multilateral? 

Multilateral bermaksud pelbagai hala dan ia merujuk kepada perhubungan dengan pelbagai pihak khususnya di peringkat antarabangsa. Dari konteks Unit Multilateral, Bahagian Pengurusan Pinjaman dan Dasar Kewangan, ia merujuk kepada perhubungan Malaysia dengan institusi-institusi kewangan dan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) dan peranan Malaysia sebagai ahli kepada institusi tersebut.

Apakah maksud bilateral? 

Bilateral adalah hubungan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan lain dalam bidang-bidang tertentu seperti kerjasama ekonomi, kewangan, sains dan teknologi serta pendidikan. Hubungan dibentuk dengan memeterai perjanjian-perjanjian tertentu.