wrapper

Topik Popular

  • 1. Apakah Menteri Kewangan (Diperbadankan) MKD?

    1. Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957.
    2. Akta ini memberi kuasa kepada MKD menyertai kontrak, mengambil alih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih dan harta tidak alih.

  • 2. Apakah tujuan pelaburan syarikat MKD?

    1. Memenuhi jurang pasaran di mana terdapat kurang penglibatan sektor swasta disebabkan oleh kos pelaburan yang tinggi dan kesukaran menembusi pasaran.
    2. Menyedia khidmat sosial kepada rakyat seperti perkhidmatan pengangkutan awam dan utiliti.
    3. Merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan melabur dalam sektor strategik seperti penyelidikan dan pembangunan teknologi.
    4. Menarik pelabur tempatan dan asing melabur dalam bidang khusus seperti bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi.

  • 3. Berapakah bilangan keseluruhan syarikat MKD?

    Sehingga kini, MKD memegang majoriti saham secara langsung dalam 68 buah syarikat seperti di bawah:

    Syarikat Pegangan Majoriti MKD
    Bil. Syarikat
      MAJORITI
    1. 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
    2. Amanah Raya Berhad (ARB)
    3. Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB)
    4. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
    5. Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
    6. Cradle Fund Sdn Bhd
    7. Cyberview Sdn Bhd
    8. Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
    9. FELCRA Berhad
    10. Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC)
    11. IJN Holdings Sdn Bhd
    12. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
    13. Inno Bio Ventures Sdn Bhd (IBV)
    14. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Bhd (ITBM)
    15. Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
    16. JKP Sdn Bhd
    17. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
    18. Khazanah Nasional Berhad
    19. Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd (KMP)
    20. Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
    21. Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDeC)
    22. Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Sdn Bhd (MKIC)
    23. Malaysia Rail Link Sdn Bhd
    24. Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd
    25. Malaysian Venture Capital Management Bhd (MAVCAP)
    26. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT)
    27. MIMOS Berhad
    28. MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
    29. MyHSR Corporation Sdn Bhd
    30. Pembinaan BLT Sdn Bhd (PBLT)
    31. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
    32. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
    33. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
    34. Prasarana Malaysia Berhad
    35. Prokhas Sdn Bhd
    36. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
    37. Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC)
    38. SIRIM Berhad
    49. Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
    40. SRC International Sdn Bhd
    41. Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd
    42. Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB)
    43. Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM)
    44. UDA Holdings Bhd
    45. Mutiara Smart Sdn Bhd
      MAJORITI – SPECIAL PURPOSE VEHICLE (SPV)
    46. 1Malaysia Sukuk Global Berhad
    47. AES Solutions Sdn Bhd
    48. Aset Tanah Nasional Bhd
    49. Assets Global Network Sdn Bhd
    50. DanaInfra Nasional Berhad
    51. GovCo Holdings Berhad
    52. K.L. International Airport Bhd (KLIAB)
    53. Malaysia Development Holding Sdn Bhd
    54. Malaysian Sovereign Sukuk Sdn Bhd
    55. Pembinaan PFI Sdn Bhd
    56. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
    57. Perwaja Terengganu Sdn Bhd
    58. Piramid Pertama Sdn Bhd
    69. Pyrotechnical Managers Holding Sdn Bhd
    60. SDE Solutions Sdn Bhd
    61. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
    62. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad
    63. Syarikat Tanah & Harta Sdn Bhd
    64. Turus Pesawat Sdn Bhd
    65. Wakala Global Sukuk Berhad
    66. Actius Terra Global Holdings Sdn Bhd
    67. MKD Aman Makmur Sdn Bhd
    68. South Side Jewel Sdn Bhd

    Beberapa syarikat MKD seperti Khazanah dan Petronas memiliki syarikat subsidiari masing-masing.

  • 4. Selain daripada syarikat pegangan majoriti, adalah MKD juga memiliki saham dalam mana-mana syarikat lain?

    Ya, MKD memiliki pegangan saham biasa dalam syarikat swasta berikut:

    Bil. Nama Syarikat Bil. Unit Peratusan
    1. Asean Potash Mining Public Co. Ltd 1,673,100 9.61
    2. Danajamin Nasional Bhd 500,000,000 50.00
    3. International Rubber Development Consortium Ltd. (IRCO) 10,656,000 22.22
    4. Permodalan Nasional Bhd (PNB) 1 0.00
    5. Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd 35,000,000 30.00

    Selain itu, MKD juga memegang satu saham yang diberikan kuasa khas (Saham Khas) dalam syarikat berikut yang memberikan hak-hak tertentu kepada MKD:

    # Syarikat Saham Khas
    1. Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
    2. Bintulu Port Holdings Bhd
    3. Bintulu Port Sdn Bhd
    4. Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
    5. Commerce Dot Com Sdn Bhd
    6. Felda Global Ventures Holdings Berhad
    7. FELDA Holdings Bhd
    8. HICOM Holding Berhad
    9. Johor Port Bhd
    10. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
    11. Kuantan Port Consortium Sdn Bhd
    12. Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd
    13. Malaysia Airport Holdings Bhd
    14. Malaysia Airports Sdn Bhd
    15. Malaysian Airline System Bhd
    16. Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
    17. MARDEC Bhd
    18. Medical Online Sdn Bhd
    19. MISC Bhd
    20. National Aerospace & Defence Industries Berhad (NADI)
    21. National Feedlot Corporation Sdn Bhd
    22. Northport (Malaysia) Bhd
    23. Padiberas Nasional Bhd (BERNAS)
    24. PDX.Com Sdn. Bhd.
    25. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
    26. Penang Port Sdn Bhd
    27. Pos Malaysia Berhad
    28. Projek Lebuhraya Usahasama Bhd
    29. Sabah Electricity Sdn Bhd
    30. Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd
    31. Telekom Malaysia Berhad
    32. Tenaga Nasional Berhad
    33. Westport Malaysia Bhd

  • 5. Apakah perbezaan antara MKD dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)?

    Di Malaysia, terdapat tujuh (7) buah entiti yang dirujuk sebagai GLIC (termasuk MKD) iaitu:

    1. Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD)
    2. Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)
    3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    4. Lembaga Tabung Haji (LTH)
    5. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
    6. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
    7. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

  • 6. Apakah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?

    GLC merupakan syarikat yang objektif utamanya adalah lebih tertumpu kepada komersil dan merupakan di bawah kawalan GLIC. GLIC mempunyai kawalan ke atas GLC apabila GLIC tersebut merupakan pemegang saham majoriti atau pemegang saham tunggal terbesar serta mempunyai kemampuan untuk melaksana dan mempengaruhi keputusan penting seperti melantik Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan atasan dan sebagainya. Subsidiari GLC tersebut adalah termasuk di bawah skop Program Transformasi GLC.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GLC, sila layari laman web Putrajaya Committee on GLC High Performance di http://www.pcg.gov.my/

  • 7. Apakah kaedah pemantauan terhadap prestasi syarikat-syarikat MKD?

    MKD memantau prestasi syarikat-syarikat MKD melalui Laporan Pencapaian Key Performance Indicators (KPI) serta Laporan Portfolio di mana syarikat diwajibkan untuk menghantar kedua-dua laporan tersebut secara suku tahun kepada GIC.

  • 8. Bagaimanakah Lembaga Pengarah dalam syarikat MKD dipantau dan dinilai bagi memastikan ALP yang dilantik menyumbang ke arah keberkesanan peranan Lembaga Pengarah?

    Berdasarkan kepada Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan MKD, penilaian individu ALP termasuk Pengerusi dan penilaian prestasi Lembaga Pengarah Syarikat MKD secara kolektif perlu dilaksanakan sekali dalam setahun.

  • 9. Adakah syarikat-syarikat MKD terikat kepada sebarang obligasi antarabangsa?

    Ya, syarikat MKD sebagai state trading enterprises tertakluk kepada pemakaian Artikel xvii - Perjanjian GATT 1994 di bawah World Trade Organization (WTO). Selain itu, setelah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement - TPPA) berkuatkuasa, syarikat MKD yang terlibat perlu mematuhi obligasi yang digariskan di bawah Bab 17: State Owned Enterprises and Designated Monopolies perjanjian tersebut.

  • 10. Sejauh manakah syarikat-syarikat MKD terlibat dengan pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MEB)??

    MEB ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) secara dekat merentasi kementerian dan Agensi. Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Kementerian Kewangan yang bertujuan menyelaraskan Agenda PEB di peringkat kementerian telah menetapkan enam sasaran KPI PEB ke atas syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan seperti berikut:

    1. Peratusan tenaga kerja Bumiputera pengurusan dan profesional syarikat MKD;
    2. Peratusan tenaga kerja Bumiputera berkemahiran tinggi syarikat MKD;
    3. Peratusan nilai perolehan vendor Bumiputera daripada nilai keseluruhan perolehan di syarikat milik MKD terpilih;
    4. Peratusan perolehan vendor bernilai tinggi kepada syarikat Bumiputera;
    5. Pelaksanaan dasar carve out projek MRT; dan
    6. Pelaksanaan dasar carve out projek KL118 Tower (Warisan Merdeka).

  • 11. Apakah fungsi sektor-sektor di bawah GIC?

    SEKTOR KOMERSIAL

    Pengurusan Portfolio Pelaburan

    1. Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan scorecard bagi syarikat.
    2. Mengkaji dan memberi nasihat ke atas Pelan Perniagaan dan hal korporat strategik syarikat.
    3. Bertindak sebagai pusat rujukan tunggal (single point of reference) bagi perkara-perkara berkaitan syarikat (soalan Parlimen, MJM, EC, audit, dsbnya).
    4. Menilai permohonan syarikat yang memerlukan kelulusan pemegang saham (dividen, bonus, kenaikan gaji tahunan CEO/MD, bonus dan semakan semula gaji kakitangan, penetapan elaun ALP, collective agreement, AGM, EGM, dsbnya).
    5. Memantau dan membuat analisis ke atas syarikat MKD merangkumi prestasi kewangan dan pencapaian KPI syarikat.
    6. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan semula organisasi dan kewangan syarikat (corporate and financial restructure), pelupusan syarikat termasuk penggulungan syarikat (winding up), penggabungan dan pengambilalihan syarikat (merger and acquistition) dan rasionalisasi /consolidation syarikat.
    7. Menyelaras perkara-perkara mengenai Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies – GLC).

    Syarikat-syarikat di bawah pemantauan Sektor Komersial adalah merangkumi industri/sektor berikut:

    1. Institusi Kewangan Pembangunan
    2. Pemegang pelaburan
    3. Pembangunan hartanah
    4. Kewangan
    5. Komoditi dan pertanian
    6. Pemegang amanah
    7. Sosial
    8. Tenaga
    9. Logistik
    SEKTOR STRATEGIK DAN AM

    Pengurusan Portfolio Pelaburan

    1. Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan scorecard bagi syarikat.
    2. Mengkaji dan memberi nasihat ke atas Pelan Perniagaan dan hal korporat strategik syarikat.
    3. Bertindak sebagai pusat rujukan tunggal (single point of reference) bagi perkara-perkara berkaitan syarikat (soalan Parlimen, MJM, EC, audit, dsbnya).
    4. Menilai permohonan syarikat yang memerlukan kelulusan pemegang saham (dividen, bonus, kenaikan gaji tahunan CEO/MD, bonus dan semakan semula gaji kakitangan, penetapan elaun ALP, collective agreement, AGM, EGM, dsbnya).
    5. Memantau dan membuat analisis ke atas syarikat MKD merangkumi prestasi kewangan dan pencapaian KPI syarikat.
    6. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan semula organisasi dan kewangan syarikat (corporate and financial restructure), pelupusan syarikat termasuk penggulungan syarikat (winding up), penggabungan dan pengambilalihan syarikat (merger and acquistion) dan rasionalisasi /consolidation syarikat.

    Syarikat-syarikat di bawah pemantauan Sektor Strategik & Am adalah merangkumi industri/sektor berikut:

    1. Pengangkutan
    2. Teknologi
    3. Infrastruktur
    4. Utiliti
    5. Komunikasi
    6. Pelabuhan
    7. Bioteknologi
    8. Teknologi Maklumat
    SEKTOR TADBIR URUS KORPORAT

    Pengurusan Polisi dan Pentadbiran

    1. Menggubal, menyelaras dan menguruskan perkara-perkara berkaitan dasar pelaburan Kerajaan dan dasar syarikat MKD.
    2. Menyelaras dan memantau pencapaian KPI syarikat MKD.
    3. Menyelaras, menguruskan dan memantau hal-hal pentadbiran Bahagian (belanjawan, perolehan dan lain-lain).
    4. Terlibat dalam penggubalan dasar antarabangsa yang berkaitan dengan pelaburan Kerajaan dan Syarikat Kerajaan.
    5. Merunding dan memantau pematuhan perjanjian antarabangsa berkaitan pelaburan Kerajaan dan Syarikat Kerajaan.
    6. Melaksana dan menyelaras perkara-perkara berkaitan perakaunan akruan untuk data pelaburan Kerajaan Persekutuan.
    7. Sekretariat bagi Akaun Amanah Bencana.
    8. Menggubal dan mengkaji semula Pekeliling LB1.1 - Bumiputera Controlled Public Listed Companies (BCPLC).
    9. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (APEB).
    10. Menyelaras dan memantau hal tadbir urus dan integriti berkaitan Syarikat Pelaburan Kerajaan.
    11. Menyelaras maklum balas audit syarikat MKD.
    12. Menguruskan program pembangunan untuk Lembaga Pengarah syarikat MKD dan pegawai GIC.

    Pengurusan Portfolio Pelaburan

    1. Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan scorecard bagi syarikat.
    2. Mengkaji dan memberi nasihat ke atas Pelan Perniagaan dan hal korporat strategik syarikat.
    3. Menyelaras, memantau dan menyediakan Laporan Suku Tahunan kesemua syarikat MKD.
    4. Menyelaras dan menyediakan Laporan Tahunan Portfolio MKD bagi syarikat MKD.
    5. Bertindak sebagai pusat rujukan tunggal (single point of reference) bagi perkara-perkara berkaitan syarikat (soalan Parlimen, MJM, EC, audit, dsbnya).
    6. Menilai permohonan syarikat yang memerlukan kelulusan pemegang saham (dividen, bonus, kenaikan gaji tahunan CEO/MD, bonus dan semakan semula gaji kakitangan, penetapan elaun ALP, collective agreement, AGM, EGM, dsbnya).
    7. Memantau dan membuat analisis ke atas syarikat MKD merangkumi prestasi kewangan dan pencapaian KPI syarikat.
    8. Mengkaji, merangka dan melaksanakan penstrukturan semula organisasi dan kewangan syarikat (corporate and financial restructure), pelupusan syarikat termasuk penggulungan syarikat (winding up), penggabungan dan pengambilalihan syarikat (merger and acquistition) dan rasionalisasi /consolidation syarikat.

    Syarikat-syarikat di bawah pemantauan Sektor Tadbir Urus Korporat adalah merangkumi industri/sektor berikut:

    1. Modal teroka