wrapper

Topik Popular

Apakah jenis maklumat monetari dan fiskal yang boleh diperoleh dari laman sesawang Kementerian Kewangan?

Siri masa maklumat berikut boleh diperoleh:

    1. Kewangan Sektor Awam Disatukan
    2. Kewangan Kerajaan Persekutuan
    3. Hasil Kerajaan Persekutuan
    4. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan
    5. Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan
    6. Pinjaman Bersih Kerajaan Persekutuan
    7. Hutang Dalam Negeri Kerajaan Persekutuan
    8. Hutang Negara
    9. Kewangan Kerajaan Negeri Disatukan
    10. Kewangan Kerajaan Tempatan Disatukan
    11. Kewangan Badan Berkanun Disatukan
    12. Kedudukan Kewangan PABK

 

Apa itu Laporan Ekonomi?

Laporan Ekonomi yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan menyediakan maklumat ekonomi dan kewangan bagi memenuhi keperluan pembuat dasar dan pengguna. Laporan ini meliputi penilaian pencapaian ekonomi, menampilkan isu-isu utama serta langkah dasar dalam pengurusan ekonomi, menggariskan cabaran ekonomi serta mengemukakan prospek bagi tahun yang akan datang. Laporan ini mengandungi lima bab iaitu:

      1. Bab 1 : Pengurusan dan Prospek Ekonomi
      2. Bab 2 : Prestasi Ekonomi dan Kerjasama Antarabangsa
      3. Bab 3 : Prestasi Ekonomi dan Prospek
      4. Bab 4 : Kewangan Sektor Awam
      5. Bab 5 : Perkembangan Monetari dan Kewangan

 

Bila dan bagaimana untuk mendapatkan Laporan Ekonomi?

Laporan Ekonomi yang diterbitkan pada Hari Belanjawan Negara oleh Kementerian Kewangan boleh dimuat turun dari lama sesawang Kementerian atau dibeli secara terus daripada:

  1. Percetakan Nasional Malaysia Berhad
  2. Jalan Chan Sow Lin
  3. 50554 Kuala Lumpur
  4. 03-92366888/92366895
  5. 03-92366999/92224773
  6. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.