wrapper

Topik Popular

  • Apakah perbezaan di antara Audit Dalam dan Audit Luar?

    Di sektor awam, fungsi audit luar adalah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, di mana kuasa dan tanggungjawab Ketua Audit Negara adalah ditetapkan melalui Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. Manakala kuasa dan tanggungjawab Audit Dalam adalah diberikan oleh Ketua Agensi secara pentadbiran. Audit Luar bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai akauntabiliti awam. Sebaliknya, Audit Dalam adalah sebahagian daripada sistem kawalan pengurusan di Agensi dan ia bertanggungjawab terus kepada Ketua Agensi.

  • Apakah tempoh pemindahan wang daripada bank / Pos Malaysia kepada akaun bank Kerajaan?

    Tempoh pemindahan wang daripada bank / Pos Malaysia kepada akaun bank Kerajaan bagi bayaran secara e-Payment adalah T+1. T bermaksud hari transaksi (transaction day).

  • Sejauh mana JKTU dapat mengatasi karenah birokrasi dalam Jabatan?

    Sekiranya arahan ini dilaksanakan, diyakini karenah birokrasi dapat diatasi kerana terma rujukan yang ditetapkan telah merangkumi semua aspek dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

  • Apakah kadar caj perkhidmatan untuk pungutan hasil melalui Pos Malaysia Berhad?

    Kadar caj perkhidmatan adalah seperti berikut:

    Kadar Caj Perkhidmatan Tidak Melebihi (Bagi Setiap Transaksi)
    Kaunter RM2.00
    Online RM0.50

  • Apakah kadar caj perkhidmatan bagi e-Payment yang dilaksanakan di kaunter?

    Kadar caj perkhidmatan adalah seperti berikut:

    Kadar Caj Perkhidmatan Tidak Melebihi (Atas Nilai Transaksi)
    Kad Kredit (MasterCard atau Visa) dan Kad Amex 1.1%
    Kad Debit 0.8%
    MEPSCASH 1.0%

  • Apakah kadar caj perkhidmatan yang dikenakan untuk bayaran secara online melalui portal Kerajaan dan perbankan internet?

    Kadar caj perkhidmatan adalah seperti berikut:

    Kadar Caj Perkhidmatan Tidak Melebihi (Bagi Setiap Transaksi)
    Direct Debit - Customer To Government (C2G) - Business To Government (B2G) RM0.50 RM1.00
    Kad Kredit / Kad Amex 1.8% atas nilai transaksi

  • Apakah peranan Perbendaharaan (BSKK) terhadap Unit-unit Audit Dalam yang diwujud di peringkat Kementerian/Jabatan Persekutuan?

    Perbendaharaan (BSKK) merupakan Kuasa Pusat yang bertanggungjawab memantau dan menyelaras pelaksanaan audit dalam di Kementerian/Jabatan Persekutuan, khususnya dalam perkara-perkara seperti berikut:

    1. mengeluarkan arahan dasar umum;
    2. menyediakan garis panduan dan standard-standard pengauditan; dan
    3. memberi nasihat dan memberi nasihat dan bimbingan berkaitan pelaksanaan audit dalam.

  • Adakah had pembayaran maksimum ditetapkan bagi setiap transaksi yang dibayar melalui Kad Kredit, Kad Debit dan Kad Amex?

    Tiada penetapan had pembayaran maksimum bagi setiap transaksi yang dibayar melalui Kad Kredit, Kad Debit dan Kad Amex.