wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh Bahagian Undang-Undang untuk memberi khidmat nasihat perundangan bertulis?
Bahagian ini mengambil masa 14 hari untuk memberi/ mengeluarkan sesuatu khidmat nasihat perundangan bergantung kepada kompleksnya sesuatu isu yang diajukan.

Berapa lamakah tempoh yang di ambil oleh Bahagian Undang-Undang untuk menyemak sesuatu perundangan subsidiari?
Bahagian ini mengambil masa 7 hari bagi menyemak sesuatu perundangan subsidiari dengan syarat dasar dan isu-isu kewangan telah dimuktamadkan.

Adakah Bahagian Undang-Undang juga memberi nasihat perundangan kepada orang perseorangan? Apakah bidang kuasa Bahagian ini?
Bahagian ini tidak memberi khidmat nasihat kepada orang perseorangan. Bahagian ini hanya memberi khidmat nasihat perundangan kepada pihak Kementerian Kewangan juga Jabatan/agensi/ badan-badan berkanun yang bernaung di bawahnya dan bidang kuasa Bahagian ini adalah untuk menafsir peruntukan undang-undang kewangan yang berkisar mengenai isu-isu kewangan sahaja.