wrapper

Topik Popular

 

TEKS UCAPAN

YB TUAN LIM GUAN ENG

MENTERI KEWANGAN

SEMPENA

MAJLIS IFTAR BERSAMA MENTERI KEWANGAN

DEWAN UTAMA

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

RABU, 15 MEI 2019 /10 RAMADHAN 1440H

 

Terima kasih saudara Pengacara Majlis.

Selamat Petang dan Salam Sejahtera,

YB. Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah
Timbalan Menteri Kewangan

YBhg. Datuk Ahmad Badri bin Mohd Zahir
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Merangkap
Yang Dipertua Kelab Perbendaharaan Putrajaya

YBhg. Datuk Siti Zauyah binti Md. Desa
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar)

YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan)

Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Bin Nik Abdul Aziz
Penceramah Jemputan Pada Hari Ini

Yang Berusaha Puan Hajjah Nafisah binti Mohd
Penolong Pengurus
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Kajang

Pegawai-Pegawai Kanan Perbendaharaan Dan Agensi-Agensi Di bawah Kementerian Kewangan

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.


1. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kelab Perbendaharaan Putrajaya kerana sudi menjemput saya untuk bersama-sama berbuka puasa dengan tuan-tuan dan puan-puan. Adalah diharapkan majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita semua warga MOF di dalam bulan Ramadan yang diberkati ini.

2. Silaturrahim itu penting lebih-lebih lagi di masa sekarang apabila kita dihujani dengan persepsi negatif tentang prestasi ekonomi dan MOF, meskipun kita berkali-kali melampaui jangkaan pasaran. Malaysia seolah-olah dijadikan sasaran walaupun kita telah melebihi jangkaan ekonomi oleh para penganalisa kewangan yang tulen. Apa yang kita dapati ialah kejayaan kita kurang mendapat perhatian, tetapi khabar yang negatif dibesar-besarkan.

3. Cabaran yang kita terima ini saya umpamakan bagaikan cabaran Ramadan yang tuan-tuan dan puan-puan lalui, yang memerlukan kita bersabar dan terus berusaha untuk berjaya mengatasi cabaran-cabaran ini, seperti mana tuan-tuan dan puan-puan menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan penuh keimanan.

4. Kita juga pada hari ini turut meraikan anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Kajang seramai 40 orang yang turut sama hadir ke majlis kita pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Di MOF, integriti merupakan sesuatu perkara wajib sekiranya kita mahu berjaya menjalankan reformasi institusi dengan baik untuk menyelamatkan ekonomi negara kita daripada kemungkaran: “Amar Ma’ruf Nahi Munkar”.

6. Usaha dan dedikasi tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam mencapai matlamat tersebut amatlah saya hargai, dan merupakan tonggak penting dalam memastikan ekonomi negara kita membangun secara bersih dan bermaruah agar kemakmuran dapat dikongsi bersama dengan semua rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

7. Saya telah melihat pelbagai rancangan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab perbendaharaan sepanjang tahun ini khususnya dalam penganjuran iftar pada hari ini. Terima kasih kerana menjemput saya untuk turut sama ‘berbuka puasa’ bersama tuan-tuan dan puan-puan.

Sekian, terima kasih.

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka.


BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN,
KELAB PERBENDAHARAAN PUTRAJAYA
15 MEI 2019