wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

 

TEKS UCAPAN

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


TRANSKRIP UCAPAN YB TUAN LIM GUAN ENG, MENTERI KEWANGAN

SEMPENA PERHIMPUNAN KHAS BERSAMA WARGA

PADA 25 MEI 2018 (JUMAAT) JAM 8.30 PAGI

BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA,

KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN

PRESINT 2, PUTRAJAYA 

 

  1. Ini adalah kali pertama saya masuk ke Kementerian Kewangan. Dahulu, saya masuk dengan rasa kaget kerana diberikan layan yang tidak begitu mesra, kita pun tidak sangka kita akan balik dalam keadaan seperti ini, tetapi itulah keputusan rakyat dalam PRU14 dan saya rasa rakyat sudah buat keputusan dan saya harap semua boleh hormati keputusan yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan apa-apa pun pandangan dan pendirian kita masing-masing, kita boleh semua secara satu hati, satu jiwa, satu raga, berkhidmat untuk Kementerian Kewangan dan negara Malaysia.

  2. Saya hendak ucapkan selamat berpuasa di bulan yang suci ini dan saya berharap anda semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Lima teras yang saya nak kongsikan pagi ini, Kementerian Kewangan ada tugas penting untuk memastikan janji-janji yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang baru dapatlah dilaksanakan. Tentu ini akan bertembung dengan masalah fiskal kerana saya rasa semua tahu bahawa kedudukan kedudukan kewangan tidak seperti yang disiarkan.

  3. Yang pertama, janji adalah satu yang kita kena pegang teguh untuk laksanakan. terutamanya pemansuhan GST dan menstabilkan harga minyak. Inilah dua teras yang sudah diumumkan oleh YB Perdana Menteri dan tentulah ia bertembung dengan keadaan fiskal yang sedia ada. Lebih-lebih lagi apabila kita lihat kedudukan hutang negara amat menggerunkan. Di sini, saya tidak mahu mengatakan sesiapa yang bersalah kerana saya tahu bahawa fail-fail tertentu tak boleh diakses oleh jabatan-jabatan tertentu. Sampai Ketua Auditor ada masalah tak boleh akses fail-fail tertentu. Ini sesuatu yang amat mengejutkan dan tentu kita tak dapat gambaran yang menyeluruh, komprehensif dan tepat jika pegawai-pegawai yang paling kanan sekali pun tidak dapat mengakses fail-fail tersebut.

  4. Apa yang dipanggil fail merah, fail yang tertentu mungkin untuk yang bermata merah sahaja. Siapa yang bermata merah, anda tahu lah. Siapa yang makan cili dia yang rasa pedas. Merekalah yang ada akses. Itulah sebabnya kita tak boleh buat consolidation exercise. Kita tak boleh satukan semua penyata-penyata kewangan supaya kita tahu kedudukan kewangan yang sebenarnya. Dan inilah tugas utama yang kita laksanakan dalam minggu pertama ini sebab supaya kita mendapat gambaran yang tepat dan itu akan menjadi teras tempoh saya sebagai Menteri Kewangan. Kita nak sistem buku yang terbuka - an open book system supaya apa yang kita lihat dari segi angka-angka, itulah dia. What you see is what you get. Tidak ada sebarangan atau apa-apa yang disembunyikan. Itu penting.

  5. Kita sebagai seorang yang pernah menjadi seorang Akauntan, prinsip perakaunan asas atau basic accounting principle mestilah dipatuhi. Tidak ada kompromi dalam aspek ini. Jadi, dalam minggu pertama kita buat consolidation jadi kita tahu kedudukan kewangan yang sebenar dan tentu dia akan makan sikit masa dan akan minta syarikat-syarikat perakaunan seperti PWC (PriceWaterHouseCoopers) untuk buat audit masing-masing, jadi akan ada gambaran profesional dari luar dan ini akan ambil sedikit masa tapi ia perlu dilaksanakan.

  6. Ada pihak yang sebut terlalu berterus terang sebab kalau kita berterus terang, kita akan rugi. Kerana apabila kita buka semua, nanti dia akan dieksploitasi oleh pihak tertentu. Tetapi saya rasa sekarang janganlah takut dengan kebenaran. Kalau kita masih takut dengan kebenaran, akhirnya kita akan jadi seorang pengecut. Janganlah hidup dalam ketakutan, hiduplah dalam kebenaran. Saya rasa sekiranya kita hidup dalam kebenaran dalam bulan suci ini pun kita dapat lebih (pahala) sedikit.

  7. Yang ketiga, tentang kebajikan rakyat, apapun cabaran dan tekanan-tekanan yang ada, kita akan pastikan kebajikan rakyat sentiasa dijaga. Itu bukan saja prinsip perjuangan Pakatan Harapan tetapi menjadi pedoman perjuangan saya sendiri. Jadi saya harap dalam Kementerian Kewangan kita ada tugas bukan saja untuk mencergaskan pertumbuhan ekonomi, kita juga perlu ada tanggungjawab untuk memastikan pengagihan dibuat secara adil dan saksama supaya semua rakyat tidak ketinggalan. Kita mahu jadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan dan berkebajikan.

  8. Walaupun ia dianggap bertentangan, entrepreneurship (keusahawanan) dan welfare (kebajikan) tak boleh berjalan bersama. Sebenarnya boleh, boleh sekiranya kita benar, sekiranya kita berintegriti dan boleh jika kita berusaha untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri dan ini telah dibuktikan di Pulau Pinang di mana kita berdikari walaupun tanpa bantuan Kementerian Kewangan (pada masa itu).

  9. Masa mesyuarat kabinet pertama kita pun kena potong gaji sendiri. Tapi kita tak tuntut anda punya gaji dipotong. Lebih baik kita potong dulu daripada gaji anda dipotong. Sebab itulah kita nak cuba berikan mesej kepada rakyat. walaupun dalam keadaan ini tidak akan membantu kurangkan hutang negara RM 1 trillilon, tetapi itulah mesej yang kita nak sampaikan bahawa keadaan ekonomi dihadapi disebabkan ketirisan, kebocoran, dan penyelewangan oleh kerajaan dulu dan kita harus bersungguh-sungguh untuk mengatasi perkara ini dan YB Perdana Menteri telah menunjukkan kepimpinan melalui teladan dan mengambil langkah sebegini dan sebagai ahli kabinet yang setia kita akan menurut langkah YAB Perdana Menteri. Tetapi, apabila kita potong gaji, kita tak mintak anda semua potong gaji.

  10. Sungguhpun kami dipotong gaji, kita tahu untuk menyambut hari raya ini ada yang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan bonus raya. Tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bolehlah juga bertimbangrasa kerana keadaan ekonomi yang kurang baik. Tapi walaubagaimapun untuk yang daripada pangkat bawah, saya akan minta sekurang-kurangnya ada sikit bayaran. Ini saya akan minta daripada kabinet YAB Perdana Menteri. Tapi jangan harap banyak-banyak lah. Tapi sekurang-kurangnya daripada golongan bawah kita akan usahakan. Kerana ini raya, mesti ada sesuatu. Itu yang saya rasa kita akan cadangkan. Tapi jumlahnya akan diumumkan oleh YB Perdana Menteri.

  11. Keempat adalah tentang skandal-skandal. Mungkin dalam awal pentadbiran ini kita terpaksa menghadapi skandal-skandal. Bukan saja skandal 1MDB, mungkin ada skandal lain juga. Tapi saya rasa itu adalah satu pergelutan yang kita terpaksa lalui kalau kita nak menutup skandal ini. You want to find closure. I think this is a necessary step. Sekiranya tak lalui, kita sendiri akan sentiasa terpendam dalam hati dan menghatui kita semua.

  12. Sebagai kerajaan yang berjiwa rakyat, kita kena beritahu apa yang sebenar dan sekiranya ada pihak tertentu yang mengatakan saya tidak perlu bercakap benar secara terus terang, saya kena minta maaf sebab tugas saya sebagai menteri bukanlah untuk tutup kebenaran tapi untuk menyatakan apa yang benar. Marilah kita berani kerana benar dan janganlah takut kepada salah.

  13. Apabila kita nak bersihkan penyata kewangan, is what you see is what you get. Tiada apa yang disembunyikan.

  14. Yang kelima adalah pendekatan kerja, etika kerja. Kita mesti berintegriti. Sistem pentadbiran kita berteraskan CAT. Competency, Accountability and Transperancy (CAT). Saya yakin ia selari dengan akhlak dan nilai-nilai baik yang telah kita diasuh sejak kecil.

  15. Saya harap bahawa sebagai warga perkhidmatan Kementerian Kewangan, ini adalah satu kementerian yang sangat berprestij dan dapatkan lagi mutu perkhidmatan. Supaya jadi satu benchmark utk kementerian lain tapi setanding dengan KPI antarabangsa. Itu yang kita harapkan.

  16. Sungguhpun saya menteri kewangan, saya juga seorang yang berkhidmat kepada rakyat. Saya minta bahawa anda semua dapat menjalankan tugas dengan benar, ikut peraturan dan undang-undang dan yang penting sekali dengan cekap kerana hasil kerja anda akan dicerminkan kepada kebahgian dan kesejahteraan rakyat. Kita mahu rakyat rasa, kerana dalam masa lima tahun akan datang, keadaan menjadi lebih baik daripada lima tahun yang dulu.

Akhir ucapan, saya akhiri dengan pantun. 

Malaysia Baharu, Demokrasi Berharga,
Rakyat Bersatu, Harapan Bersinar,
Adil ditegak, amanah dijaga,
Amal makruf nahi mungkar


KEMENTERIAN KEWANGAN
PUTRAJAYA
25 Mei 2018

Muat Turun Lampiran:
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family