wrapper

Topik Popular

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


Status Terkini Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

 

Seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 31 Mei 2019 mengenai pembayaran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019, daripada 3.6 juta isirumah yang diluluskan BSH 2019, terdapat 0.3 juta penerima yang tidak dapat dikreditkan bayaran BSH ke dalam akaun bank. Sebab utama bayaran gagal dikreditkan adalah nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat. Ini terbangkit apabila antaranya pemohon mengisi nombor akaun bank suami dalam ruang untuk diisikan nombor akaun bank isteri.

Sebagai status terkini, bagi golongan tersebut yang gagal dikreditkan ke dalam akaun bank, adalah dimaklumkan bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) telah berjaya mewujudkan hampir 350,000 akaun bank baharu secara automatik mulai 3 Jun 2019 atas nama isteri pemohon BSH.

Sehubungan dengan itu, penerima berkenaan boleh hadir ke cawangan BSN bagi urusan pengaktifan akaun dan seterusnya pengeluaran tunai daripada akaun mulai 4 Jun 2019.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan
Putrajaya
4 Jun 2019