wrapper

Topik Popular

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 20 April 2019 Sehingga 26 April 2019


Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 20 April 2019 sehingga 26 April 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM2.68 seliter kepada RM2.80 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

 

Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan sehingga melebihi paras USD80 setong. Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 20 April 2019 sehingga 26 April 2019 sepatutnya naik 12 sen seliter daripada RM2.38 seliter kepada RM2.50 seliter dan naik 7 sen seliter daripada RM2.39 seliter kepada RM2.46 seliter masing-masing berikutan kenaikan harga purata minyak Dated Brent kepada USD70.98 setong bagi tempoh 11 ke 17 April 2019. Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
19 April 2019