wrapper

Topik Popular

 

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 6 April 2019 Sehingga 12 April 2019


Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 6 April 2019 sehingga 12 April 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.63 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

 

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April 2019 sehingga 12 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya. Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
5 April 2019