wrapper

Topik Popular

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia


Agihan 50% Hasil Cukai Pelancongan Pada Hujung Mac 2019


Kementerian Kewangan ingin mengesahkan bahawa agihan 50% hasil cukai pelancongan untuk tahun 2018 telahpun disalurkan kepada semua Kerajaan Negeri yang berkenaan pada hujung Mac 2019 seperti yang dijanjikan. Agihan 50% cukai pelancongan kepada Kerajaan Negeri ini dianggarkan melibatkan sejumlah RM67.74 Juta.

YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak telah menyoal sama ada Kementerian Kewangan akan mengagihkan hasil cukai pelancongan kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebelum akhir suku pertama 2019 seperti yang dijanjikan. Kerajaan Persekutuan akan menepati janji dan tidak akan bertindak seperti Datuk Abdul Karim yang sebelum ini membuat tuduhan palsu bahawa Kerajaan Persekutuan mengagihkan hasil cukai pelancongan kepada Kerajaan Negeri Sabah tetapi tidak kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Kerajaan-kerajaan negeri yang menerima hasil cukai pelancongan adalah seperti berikut:

Butiran Agihan Cukai Pelancongan 2018 kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri
Negeri Kutipan Cukai Pelancongan 2018 RM’juta Agihan 50% kepada Kerajaan Negeri RM’juta
Sabah 25.34 12.67
Pulau Pinang 21.97 10.98
Selangor 20.60 10.30
Johor 15.98 7.99
Pahang 15.72 7.86
Melaka 10.70 5.35
Kedah 10.17 5.08
Sarawak 5.16 2.58
Negeri Sembilan 4.95 2.47
Perak 2.50 1.25
Terengganu 2.05 1.03
Kelantan 0.30 0.15
Perlis 0.04 0.02
JUMLAH 135.49 67.74

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
28 Mac 2019