wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


 MAKLUMAN PINDAAN WAKTU OPERASI PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) DI SELURUH NEGARA MULAI 22 JANUARI 2019


Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah menetapkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre atau UTC) seluruh negara dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Walau bagaimanapun, maklum balas yang diterima daripada orang awam memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga 10.00 malam. MOF telah mengkaji kesesuaian UTC yang boleh melaksanakan waktu operasi tersebut dan menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat membeli-belah untuk dilewatkan waktu operasinya.

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa mulai 22 Januari 2019, waktu operasi UTC seluruh negara adalah ditetapkan seperti berikut:

UTC  Waktu Operasi* 
(Hari Bekerja) (Hari Bekerja)
Shah Alam, Selangor Keramat, Kuala Lumpur Seremban, Negeri Sembilan 

Isnin – Khamis
1.00 t/hari – 10.00 malam

Rehat 7.00 petang – 8.00 malam

Sabtu – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang 
Jumaat
2.45 petang – 10.00 malam
Alor Setar, Kedah Johor Bahru, Johor Kota Bharu, Kelantan Kuala Terengganu, Terengganu

Ahad – Khamis
1.00 t/hari – 10.00 malam

Rehat
7.00 petang – 8.00 malam

Jumaat – Sabtu
8.00 pagi – 5.00 petang
Kota Kinabalu, Sabah Keningau, Sabah WP Labuan Tawau, Sabah

Isnin – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang

Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang 

Kuching, Sarawak Miri, Sarawak Sibu, Sarawak

Isnin – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang

Solat Jumaat
11.45 pagi – 2.15 petang 

Kangar, Perlis Sungai Petani, Kedah Ipoh, Perak Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentul, Kuala Lumpur Bandaraya Melaka, Melaka Pasir Gudang, Johor Kuantan, Pahang

Isnin – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang

Solat Jumaat
12.15 t/hari – 2.45 petang

Pertukaran waktu operasi ini turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan Kerajaan. Namun begitu, UTC tetap beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan. Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan Kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

12 JANUARI 2019