wrapper

Topik Popular

PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR UNTUK TEMPAHAN KERTAS A4 PUTIH 80 GSM BERSEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI BAGI TAHUN 2019

Adalah dimaklumkan bahawa pembekal Kontrak Pusat Kertas A4 Putih 80 gsm (NKS Systems Sdn. Bhd.) akan bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri seperti berikut:

Tarikh: 3 Jun 2019 (Isnin) hingga 7 Jun 2019 (Jumaat)

Sehubungan ini bagi memastikan pesanan & penghantaran kertas tidak mengalami sebarang gangguan, tarikh akhir pesanan adalah seperti berikut:

Tarikh akhir pesanan : 31 Mei 2019 (Jumaat)
Tarikh akhir penghantaran : 3 Jun 2019 (Isnin)

Pembekalan dan penghantaran akan beroperasi kembali seperti biasa mulai 10 Jun 2019 (Isnin).

Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat perancangan pembelian supaya tiada gangguan bekalan di peringkat Agensi.

 

Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
15 Mei 2019