wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

NOTIS PEMBERITAHUAN


SURUHANJAYA SIASATAN UNTUK MENYIASAT KES KERUGIAN AKIBAT URUS NIAGA MATA WANG ASING OLEH BANK NEGARA MALAYSIA SEKITAR TAHUN 1990-AN

 

Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-An telah ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

2. Suruhanjaya Siasatan ini dianggotai oleh:

  1. YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Pengerusi Pesuruhjaya)
    Pengerusi, Petroliam Nasional Berhad;
  2. Datuk Wira Kamaludin Md Said (Pesuruhjaya)
    Hakim Mahkamah Tinggi;
  3. YBhg. Datuk Seri Tajuddin Atan (Pesuruhjaya)
    Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia Berhad;
  4. YBhg. Tan Sri Saw Choo Boon (Pesuruhjaya)
    Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan;
  5. Encik Pushpanathan A/L S.A Kanagarayar (Pesuruhjaya)
    Ahli Institut Akauntan Malaysia dan Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia; dan
  6. YBhg. Dato’ Dr. Yusof Ismail (Setiausaha)
    Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik,
    Kementerian Kewangan.

 

3. Prosiding bagi siasatan ini adalah terbuka kepada umum dan prosiding pertama akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 Ogos 2017 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Presint 3, 62506 Putrajaya.

 

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA SIASATAN

4 OGOS 2017

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family