wrapper

Topik Popular

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-­masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter manakala RON97 naik empat sen daripada RM2.49 kepada RM2.53 seliter - Gambar hiasan


PUTRAJAYA
: Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing­-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 12 Julai depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak empat sen iaitu daripada RM2.49 kepada RM2.53 seliter untuk tempoh sama.

Menurutnya, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.23 dan RM2.32 seliter masing-masing.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM99.53 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM72.73 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM26.8 juta," katanya. - K! ONLINE