wrapper

Topik Popular

Harga runcit petrol RON97 naik 8 sen kepada RM2.76 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini. - Foto hiasan

 

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 naik lapan sen kepada RM2.76 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan berkata harga runcit produk petroleum bagi tempoh 25 hingga 31 Mei ini.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter masing-masing.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 25 hingga 31 Mei ini adalah berjumlah RM126.52 juta," katanya.