wrapper

Topik Popular

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mengekalkan unjuran pertumbuhan 4.9 peratus negara pada tahun ini, meskipun bacaan Indeks Pengurus Belian (PMI) Pembuatan Nikkei menunjukkan kemungkinan ekonomi mampu berkembang sehingga 5.2 peratusAgensi-agensi penarafan kredit memberi keyakinan terhadap kemampuan Malaysia untuk mencapai sasaran fiskal terutamanya defisit 3.4 peratus berbanding keluaran dalam negara kasar (KDN) tahun ini, demikian kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau mengadakan beberapa mesyuarat sampingan bersama agensi penarafan antarabangsa seperti S&P, Fitch dan Moody’s untuk memberikan perkembangan terkini mengenai keadaan ekonomi dan kewangan Malaysia.

"Agensi-agensi tersebut turut berpuas hati dengan prestasi ekonomi Malaysia setakat ini," katanya yang dipetik dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat sampingan tersebut diadakan selepas Guan Eng menjadi ketua delegasi Malaysia ke siri Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) baru-baru ini.

Mesyuarat berlangsung pada 11 hingga 13 April lalu di Washington itu juga lebih tertumpu kepada isu-isu semasa yang memberi kesan terhadap ekonomi global, sistem kewangan antarabangsa dan kemajuan agenda pembangunan global.

Guan Eng turut menjadi wakil Kumpulan Mengundi Asia Tenggara (SEAVG) yang dianggotai 11 negara iaitu Thailand, Brunei, Singapura, Nepal, Fiji, Tonga, Laos, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan juga Malaysia.

SEAVG turut menekankan peranan WBG yang bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti hidup negara-negara miskin, tetapi membangunkan model dan kaedah bagi negara pertengahan untuk mengelakkan daripada kembali kepada status berpendapatan rendah.

Pada masa sama, Guan Eng juga dijemput memberi ucaptama pada sebuah acara WBG iaitu Unlocking the Potential of the Digital Economy.

Guan Eng juga berkongsi pandangan berdasarkan konteks dan aspirasi Malaysia untuk menggunakan teknologi serta ekonomi digital, khususnya penerimaan teknologi generasi kelima (5G) secara sepenuhnya bagi melonjakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Beliau menggariskan risiko daripada gangguan digital yang akan menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan bagi sektor tradisional yang tidak dapat diganti dengan peluang pekerjaan sektor baharu ini.

"Malaysia yang tidak menerima pemusnahan kreatif (creative destruction) dan peluang pekerjaan baharu harus dicipta melalui insentif serta bantuan pendapatan bagi menggantikan pekerjaan yang hilang akibat gangguan digital," katanya.