wrapper

Hot Topics

Bil Pertanyaan/Cadangan Maklumbalas
1. Cadangan: Parkir OKU Bagi Pelawat di Bangunan MOF

Mohon disediakan petak parkir OKU bagi pelawat bangunan MOF dan diselia oleh Pengawal Keselamatan.

Mohd Tarmizi Mohd Daud
21 Januari 2016

Cadangan ini telah dipanjangkan ke Bahagian berkaitan untuk perhatian dan pertimbangan.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
2. Cadangan: Mini UTC Temerloh

Cadangan berkaitan pembinaan Mini UTC di bandar Temerloh, Pahang bagi kemudahan penduduk sekitar Temerloh, Mentakab, Jengka, Bera dan Jerantut.

2 Mac 2016

Keutamaan pembinaan UTC diberi kepada negeri-negeri yang masih belum mempunyai UTC atau mini UTC. Walaubagaimanapun, cadangan ini akan diberi perhatian.

Bahagian Unit Strategi Nasional
3. Cadangan: Kaunter SPR di UTC

Cadangan berkaitan penubuhan kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya di semua UTC untuk kemudahan pendaftaran dan semakan pengundi.

Mohammad Zainorin Arsad
23 April 2016

NSU sedang merangka untuk menubuhkan one stop centre atau Pusat Maklumat Rakyat dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Apabila telah terlaksana kelak, NSU akan memanjangkan jemputan agar kaunter SPR dibuka bagi tujuan pendaftaran pemilih.

Bahagian Unit Strategi Nasional
4. Pertanyaan: Contract for Service

Dimaklumkan bahawa saya mempunyai kemusykilan dalam pembayaran gaji pekerja contract for service berkaitan cuti. Ini kerana pekerja tersebut telah memohon cuti gantian selepas membuat kerja lebih masa atas urusan rasmi. Mengikut di dalam surat tawaran beliau, tiada dinyatakan berkaitan cuti gantian. Mohon bantuan pihak tuan untuk menjelaskan kepada saya adakah pekerja tersebut layak dibayar gaji penuh sekiranya beliau telah mengambil cuti gantian pada bulan tersebut atau bayaran gaji tidak termasuk cuti gantian tersebut.

Suhaila Hajia
29 Januari 2016

Perkhidmatan contract for service merupakan pembelian perkhidmatan untuk menjalankan tugas-tugas bersifat perundingan, khidmat nasihat atau tugas yang memerlukan kepakaran khas yang tidak terdapat atau amat terhad dalam sesebuah organisasi. Sehubungan itu, individu yang dilantik secara contract for service bukan berstatus pegawai awam. Sehubungan itu, kemudahan yang diterima oleh individu contract for service tidak boleh disamakan dengan kemudahan dan juga saraan pegawai perkhidmatan awam. Kemudahan yang diterima oleh individu contract for service adalah sebagaimana yang diluluskan dalam surat pelantikan sahaja.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
5. Pertanyaan: Pekeliling Perbendaharaan

Pegawai telah melapor diri daripada Jabatan Perangkaan Negeri Perak, Ipoh ke Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Putrajaya pada 15.03.2016 (Selasa). Walaubagaimanapun, telah menerima kelulusan penangguhan tarikh bertugas pada 16.03.2016 (Rabu). Adakah pegawai layak menuntut Elaun Perjalanan, Elaun Makan & Elaun Loging semasa datang melapor diri dan semasa pulang ke ibu pejabat lama setelah kelulusan penangguhan diterima?

Mohd Roslan Ismail
18 April 2016

Perbendaharaan telah meneliti pertanyaan berkenaan. Menurut Perenggan 2.2, 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) WP 1.2, bertukar bermakna pegawai bertukar ke luar stesen, seterusnya berpindah rumah dan mendiami rumah berkenaan. Perenggan 3.1.1.6 pula menyatakan pegawai yang bertukar ke luar Stesen adalah bermaksud pegawai yang bertukar, berpindah rumah dan mendiami rumah berkenaan sahaja layak menuntut elaun pertukaran. Sehubungan itu, sekiranya pegawai melapor diri dan menangguhkan pertukaran, beliau layak membuat tuntutan mengikut kelayakan di bawah 1Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4 tertakluk kepada urusan melapor diri dan penangguhan tersebut adalah teratur dan diperakukan Ketua Jabatan sebagai urusan rasmi.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
6. Pertanyaan: Pekeliling Perbendaharaan

Sekiranya staf ingin dibersarakan atas sebab kesihatan (kemalangan), adakah boleh diberi ex-gratia kerana keputusan lembaga perubatan adalah 75% staf tidak boleh melakukan kerja2 hakiki lagi dan tiada harapan sembuh.

Iswani Ismail
19 April 2016

Skim Ex-Gratia Bencana Kerja merupakan satu skim yang menyediakan faedah bayaran kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia atau mengalami kecederaan sehingga menyebabkan hilang upaya kekal (HUK) akibat bencana kerja. Pengesahan dan taksiran HUK adalah ditentukan oleh Lembaga Perubatan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri menggunakan format di Lampiran D3, 1Pekeliling Perbendaharaan WP 6.3. Sehubungan itu, pegawai layak untuk dipertimbangkan bayaran faedah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja sekiranya memenuhi syarat perlindungan Skim dan disahkan mengalami HUK oleh Lembaga Perubatan.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
7. Pertanyaan: MyNGO 2015

Di manakah saya boleh muat turun borang baru untuk pemohonan bantuan geran kerajaan di bawah inisiatif program MyNGO 2015?

Leong Tuck Weng
6 Mei 2016

Program MyNGO di bawah Kementerian Kewangan adalah bersifat one-off iaitu hanya pada tahun 2015 sahaja. Namun begitu pihak NGO boleh memohon kepada kementerian yang berkaitan berdasarkan cadangan program yang ingin dilaksanakan seperti Kementerian Pelancongan (bagi maksud program berkaitan pembangunan kebudayaan) ataupun program melibatkan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Bahagian Pejabat Belanjawan Negara
8. Pertanyaan: Perdaftaran Sijil Kewangan

Bolehkah saya tahu bagaimana syarikat kami dapat memohon Sijil Kewangan Syarikat? Apakah prosesnya?

Chu Pui See
23 Mei 2016

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ePerolehan di www.eperolehan.gov.my. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran:

  1. Di laman utama menu pembekal/perunding, klik pendaftaran pembekal/perunding.
  2. Pilih bahasa yang diingini sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  3. Pilih jenis permohonan daftar sebagai kontraktor baru/perunding baru.
  4. Baca kandungan terma perkhidmatan piawaian ePerolehan.
  5. Klik butang teruskan untuk meneruskan permohonan.

 

Bahagian Perolehan Kerajaan
9. Pertanyaan: Pengecualian Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU

Adakah pengecualian duti eksais ke atas kenderaan OKU boleh dimohon bagi pembelian kereta jenama bukan nasional?

Charmaine Goh
20 September 2016

Pengecualian duti eksais oleh OKU hanya terhad kepada kenderaan buatan nasional sahaja.

Bahagian Cukai
10. Pertanyaan: Ex-Gratia

Saya telah mengalami kemalangan motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja pada bulan Januari 2014. Disebabkan kemalangan itu saya telah mengalami patah tulang selangka dan diberi cuti sakit selama 3 bulan. Adakah saya layak untuk membuat tuntutan akibat daripada kemalangan tersebut?

Mohd Yuszaiman Abdul Manan
7 Oktober 2016

Pegawai yang ditimpa bencana kerja sehingga menyebabkan kematian dan hilang upaya kekal, layak dipertimbangkan faedah bayaran Skim Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1Pekeliling Perbendaharaan WP 6.3.

Pengesahan hilang upaya kekal akan dibuat oleh Lembaga Perubatan yang ditubuhkan di hospital Kerajaan.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
11. Pertanyaan: Tuntutan Pembelian Alat Komunikasi Mudah Alih

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2013, pegawai layak memohon pembelian kemudahan alat komunikasi mudah alih dua tahun sekali. Pegawai M telah diluluskan permohonan pembelian kemudahan alat komunikasi mudah alih pada 16.03.2015. Walaubagaimanapun, alat komunikasi tersebut telah mengalami kerosakan teknikal yang bukan disebabkan oleh kecuaian pegawai. Adakah pegawai layak untuk membuat permohonan baru sedangkan pegawai masih lagi terikat dengan kelulusan sebelum ini?

Mohd Shahlizan Zakariah
10 Oktober 2016

Berdasarkan 1PP WP2.2 perenggan 5.1.7 telah menyatakan Pegawai Pengawal boleh meluluskan pembaikan kerosakan untuk ditanggung oleh Kerajaan ataupun bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih yang baru kepada pegawai setelah berpuas hati bahawa alat tersebut mengalami kerosakan/kehilangan bukan disebabkan oleh kecuaian pegawai. Bagi tujuan pembelian gantian, Pegawai Pengawal tidak boleh menurunkan kuasa kepada pegawai lain.

Pengesahan hilang upaya kekal akan dibuat oleh Lembaga Perubatan yang ditubuhkan di hospital Kerajaan.

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan
12. Pertanyaan: Penyata Pinjaman Perumahan

Bagaimanakah saya boleh dapatkan penyata pembayaran pinjaman bagi tahun 2014?

Shakinah Saiduri
23 November 2016

Para peminjam boleh mengakses rekod pinjaman perumahan melalui Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) di laman web rasmi LPPSA iaitu http://lppsa.gov.my.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
13. Pertanyaan: Pengiraan Bon Pelaksanaan

Adakah pengiraan bon pelaksanaan dikira bersekali dengan GST6% ataupun tawaran harga tanpa GST6%?

Hairunnisyam Md. Jamil
29 November 2016

Pengiraan bon pelaksanaan adalah menggunakan harga tawaran berserta 6% GST.

Bahagian Perolehan Kerajaan

Sumber: Portal Perbendaharaan & Biro Pengaduan Awam

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family