wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

PENYERTAAN MALAYSIA DALAM INISIATIF PERCUKAIAN FORUM ON HARMFUL TAX PRACTICES (FHTP), ORGANISATION FOR ECONOMIC COOPERATION AND DEVELOPMENT (OECD)

Dalam usaha menangani masalah ketirisan hasil cukai dan pemindahan keuntungan, Organisation of Economic Cooperation and Development (OECD) dan kumpulan negara G20 telah memperkenalkan standard percukaian antarabangsa menerusi Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) Action Plan. Pelan ini mengandungi 15 Pelan Tindakan (Action Plan) bagi menangani isu-isu BEPS.

Malaysia secara prinsipnya komited untuk melaksanakan pelan tindakan ini. Di bawah komitmen tersebut, Malaysia telah menyertai secara rasmi Inclusive Framework (IF) on BEPS sebagai Ahli Bersekutu (Associates). IF menekankan 4 standard minimum iaitu:

No Pelan Tindakan Standard Minimum Keterangan
1. Action 5 Countering Harmful Tax Practices More Effectively, Taking into Account Transparency and Substance Mengenalpasti pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya atau kadar pengecualian cukai pendapatan yang rendah (preferential regime) yang boleh dikategorikan sebagai harmful tax practices . Ia menekankan ketelusan melalui pertukaran maklumat yang relevan mengenai pembayar cukai serta keperluan substantial activities dalam preferential regime.
2. Action 6 Preventing the Granting of Treaty Benefits in Inappropriate Circumstances Langkah yang perlu diambil bagi mencegah aktiviti treaty shopping untuk mendapat manfaat di bawah DTAA oleh pembayar cukai.
3. Action 13 Guidance on Transfer Pricing Documentation and Country-by-Country Reporting Obligasi untuk membuat laporan Country-by-Country Reporting oleh syarikat multinasional yang mempunyai anak syarikat atau cawangan untuk transaksi rentas sempadan.
4. Action 14 Making Dispute Resolution Mechanisms More Effective Memastikan sebarang pertikaian berkaitan percukaian di bawah DTAA dapat diselesaikan di kalangan negara penjanji secara lebih efektif.

Forum on Harmful Tax Practices (FHTP)

Di bawah FHTP ini, negara yang telah dikenalpasti menawarkan preferential regime bagi mobile geographical services activities yang berkaitan dengan harta intelek (intellectual property- IP) dan harta bukan intelek (Non-IP). Insentif Malaysia yang telah dikenalpasti untuk penilaian FHTP adalah seperti berikut:

A. Insentif IP:

  1. Hab Prinsipal;
  2. Taraf Perintis (Industri berteknologi tinggi);
  3. Industri Bioteknologi (BioNexus); dan
  4. MSC Malaysia

 

B. Insentif Non- IP:

  1. Industri Bioteknologi (BioNexus);
  2. MSC Malaysia;
  3. Hab Prinsipal;
  4. Taraf Perintis (R&D Kontrak);
  5. Pusat Pengurusan Kewangan;
  6. Wilayah Pembangunan Ekonomi:
    • Wilayah Iskandar (IM);
    • Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER);
    • Koridor Pembangunan Sabah (SDC);
  7. Projek Perkhidmatan Diluluskan;
  8. Perkhidmatan Teknologi Hijau;
  9. Perkhidmatan Kewangan Labuan;
  10. Perkhidmatan Pajakan Labuan;
  11. Pengurusan Dana Asing;
  12. Inward re-insurance and offshore insurance; dan
  13. Syarikat Perdagangan Antarabangsa Malaysia.
  14. Unit Pernigaan Mata Wang Antarabangsa (ICBU).

 

Insentif percukaian dinilai berdasarkan kriteria berikut :

Insentif IP Insentif Non-IP

1. Nexus Approach

Hanya perbelanjaan R&D yang dilakukan di Malaysia layak mendapat pengecualian cukai pendapatan.

2. Transparency

Insentif yang mematuhi kriteria FHTP hendaklah diwartakan selewat-lewatnya 31 Disember 2018.

1. Ring Fencing

Tidak membezakan layanan percukaian termasuk sekatan matawang dan transaksi antara pemastautin dan bukan pemastautin.

2. Transparency

Insentif yang mematuhi kriteria FHTP hendaklah diwartakan selewat-lewatnya 31 Disember 2018.

3. Substantial Activities

Kriteria substantial activities di bawah FHTP adalah seperti berikut :

  1. mempunyai jumlah pelaburan atau melakukan perbelanjaan operasi tahunan di Malaysia yang mencukupi; dan
  2. bilangan pekerja sepenuh masa di Malaysia yang mencukupi.

Timeline bagi Pelaksanaan Pewartaan Insentif Percukaian Malaysia di bawah FHTP

a. Insentif IP

Tindakan Tarikh
1. Pindaan perundangan insentif IP sedia ada. Diwartakan selewat-lewatnya 31 Disember 2018.
2. Tarikh akhir kelulusan permohonan baharu bagi insentif IP sedia ada.

Mulai 1 Julai 2018 insentif IP adalah tertakluk kepada kriteria nexus approach. Tiada kelulusan baharu untuk insentif IP sedia ada yang tidak mematuhi kriteria nexus approach.

Rujukan syarat Nexus Approach boleh diperolehi melalui:
https://www.oecd-ilibrary.org/docserver/9789264283954-en.pdf?expires=1528445154&id=id&accname=guest&checksum=BCE5668395E0A9DEDA783979F2B4F6AA

3. Tarikh akhir untuk menikmati manfaat insentif IP sedia ada yang belum mematuhi kriteria FHTP yang telah diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2018 (grandfathering). Syarikat sedia ada yang sedang menikmati insentif IP sedia ada, boleh menikmati insentif sehingga 30 Jun 2021 kecuali bagi aset IP yang diperoleh dari syarikat berkaitan selepas 16 Oktober 2017. Pembayar cukai perlu mengasingkan aset IP daripada syarikat berkaitan dan syarikat tidak berkaitan.

b. Insentif Non-IP

Pindaan perundangan berkaitan insentif Non-IP diwartakan selewat-lewatnya 31 Disember 2018. Manfaat insentif Non-IP sedia ada (grandfathering) dibenarkan untuk dinikmati oleh syarikat seperti berikut:

  1. kelulusan insentif pada atau sebelum 16 Oktober 2017
    - tempoh grandfathering sehingga 30 Jun 2021; atau
    - tempoh grandfathering tidak dibenarkan bagi aset baharu atau aktiviti baharu oleh syarikat di bawah insentif Non IP sedia ada

    atau

  2. kelulusan insentif selepas 16 Oktober 2017
    - tempoh grandfathering diberikan sehingga tarikh pewartaan dibuat atau 31 Disember 2018 yang mana terdahulu.

c. Pemakluman Penamatan Insentif

Insentif Unit Perniagaan Mata Wang Antarabangsa (ICBU) mulai tahun taksiran 2017 sehingga tahun taksiran 2020. Rujukan perundangan adalah seperti berikut:

http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20181005_PUA%20251.pdf

d. Transaksi Rentas Sempadan

Syarikat yang membuat transaksi rentas sempadan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh kelulusan atau sijil pengecualian cukai pendapatan dengan syarikat berkaitan adalah dikehendaki untuk mengemukakan borang Annex C kepada agensi promosi yang mengeluarkan surat kelulusan insentif berkaitan.

Semakan ke atas insentif percukaian terlibat sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan bersama-sama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan kementerian/agensi promosi bagi mematuhi kriteria yang ditetapkan di bawah FHTP.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Seksyen Dasar Percukaian Antarabangsa (I)
Bahagian Cukai
Aras 6, Blok Tengah
Kementerian Kewangan Malaysia
03-8882 3345 / 03-8882 3348