
KOD QR
Kini anda boleh melayari laman web Perbendaharaan Malaysia menerusi telefon pintar atau tablet. Kandungan dan maklumat di dalam Mobile Web Perbendaharaan Malaysia ini akan ditambah dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang anda ingin lihat dan dipaparkan di dalam Mobile Web Perbendaharaan Malaysia, sila hantarkan cadangan dan komen anda kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

APLIKASI MYPROCUREMENT
Pengenalan: MyPROCUREMENT merupakan gerbang utama maklumat perolehan Kerajaan yang memaparkan senarai iklan tender dan keputusan tender terkini bagi setiap Kementerian. Aplikasi ini juga merupakan saluran informasi mengenai dasar, prinsip dan tatacara semasa perolehan Kerajaan.

APLIKASI MYECONOMIC DATA
Pengenalan: Aplikasi ini berdasarkan maklumat ekonomi yang disediakan di portal rasmi Perbendaharaan sebagai panduan dan rujukan berkaitan penunjuk utama ekonomi Negara. Di samping itu juga, aplikasi ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dalam menyebarkan maklumat ekonomi Kerajaan. Aplikasi ini merupakan alternatif kepada pengguna bagi mempercepat dan memudahkan capaian maklumat. Aplikasi ini menyediakan maklumat ekonomi Negara khususnya penunjuk utama ekonomi yang terdiri dari Kewangan Kerajaan Persekutuan, Ekonomi Dalam Negeri, Pengeluaran, Sektor Perkhidmatan, Penggunaan, Pelaburan, Sektor Luar Negeri, Harga, Sosial dan Demografi.
Selain itu, data terperinci turut disediakan iaitu hasil Kerajaan, perbelanjaan mengurus dan pembangunan, defisit, hutang, keluaran dalam negeri kasar (KDNK), pelaburan,2 pendapatan, tabungan, pendapatan per kapita, harga komoditi, jualan kenderaan, kutipan cukai dan lain-lain.
Adalah diharapkan agar aplikasi ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan pengguna dapat menggunakan maklumat ini dengan berhemah dan bertanggungjawab.

APLIKASI SSPY
Pengenalan: Sempena Tahun Mempromosi Startup dan Enterprise Kecil Sederhana (SSPY) 2017, satu aplikasi kalendar aktiviti/program keusahawanan mudah alih telah dibangunkan oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama MaGIC, agensi-agensi keusahawanan kerajaan dan NGOs. Kini melalui apps ini, anda boleh memperolehi maklumat tentang aktiviti dan program keusahawanan yang akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO sepanjang tahun 2017.


PERKHIDMATAN SMS
Anda boleh dapatkan Info dan Status Pinjaman Perumahan Secara SMS dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Hanya hantarkan subcode ke nombor 15888.