wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


Penutupan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur@Pudu Sentral Pada 8 Disember 2018


Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa sempena penutupan jalan - jalan utama ke Pusat Bandar Kuala Lumpur yang disebabkan oleh perhimpunan kesyukuran Kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan pada 8 Disember 2018 (Sabtu), UTC KL@Pudu Sentral akan ditutup sepenuhnya dan akan mula beroperasi semula pada 9 Disember 2018.

 

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2018