wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


SOALAN BERKAITAN SST BOLEH DIJAWAB BERSAMA DUA PEGAWAI KHAS MENTERI KEWANGAN DI KAUNTER PERTANYAAN SST DI KOMPLEKS KASTAM WILAYAH PERSEKUTUAN, KELANA JAYA


Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) akan membuka kaunter pertanyaan SST di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya di mana pihak berkepentingan dari pelbagai sektor perdagangan dan industri boleh memberikan sebarang maklum balas mahupun aduan terhadap pelaksanaan SST. 

Kaunter pertanyaan tersebut akan dibuka bermula 2 Oktober 2018 (Selasa) sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 1 petang setiap minggu. Sebanyak 10 kiosk dan 12 kaunter akan beroperasi sepanjang waktu ini.

Kementerian Kewangan juga telah melantik dua pegawai dari Pejabat Menteri Kewangan untuk menangani sebarang aduan, pandangan dan pertanyaan sepanjang kaunter ini dibuka.

Mereka adalah akauntan bertauliah (chartered accountant) Dato’ Ooi Kok Seng dan juga bekas Ketua Pegawai Kewangan (chief finance officer) syarikat antarabangsa, Cik Toh Yen Kee. Kedua-dua pegawai khas YB Menteri Kewangan ini akan bersama-sama menghadiri kaunter pertanyaan untuk membantu orang awam sehingga bilangan aduan berkurangan. 

Setakat ini, 18 sesi taklimat soal jawab SST telah diadakan di seluruh Malaysia yang dihadiri oleh lebih 15,000 peserta. Setelah menerima maklum balas daripada mereka, Kementerian Kewangan bersama JKDM juga telah memutuskan untuk menurunkan kadar cukai SST daripada 10% kepada 5% untuk tayar pneumatik dan motosikal elektrik.

 


Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
30 September 2018

Muat Turun Lampiran: