wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


PENJELASAN BERKAITAN BAKI KUMPULAN WANG DISATUKAN PADA 30 APRIL 2018


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesahkan kenyataan Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng mengenai kedudukan baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2017 dan 30 April 2018 adalah selaras dengan rekod yang diselenggarakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia seperti berikut:

    31 Disember 2017
Diaudit
RM’ bilion
30 April 2018
Belum diaudit
RM’ bilion
1 Akaun Hasil Disatukan 11.86 0.45
2 Akaun Pinjaman Disatukan 33.48 29.21
3 Akaun Amanah Disatukan (3.16)* 5.84
    _________________________ _______________________
  Kumpulan Wang Disatukan 42.18 35.50
    =================== ==================

*Akaun Amanah Disatukan menunjukkan baki negatif pada 31 Disember 2017 disebabkan jumlah yang dipindahkan dari Akaun Pinjaman Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2017 diluluskan oleh Parlimen pada 29 Mac 2018 dan diselaraskan pada 26 Julai 2018.

JANM juga mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk menampung perbelanjaan mengurus. Kerajaan Persekutuan hanya mempunyai RM450 juta untuk dibelanjakan daripada Akaun Hasil Disatukan pada 30 April 2018 berbanding RM11.86 bilion pada penghujung tahun 2017. Untuk makluman, Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan lebih daripada RM8 bilion sebulan bagi emolumen dan faedah persaraan.


Datuk Saat bin Esa
Akauntan Negara Malaysia
25 September 2018