wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


PELAKSANAAN SST DIPERKENAN AGONG


Selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2018 dan 20 Ogos 2018 oleh Dewan Negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelaksanaan SST pada 24 Ogos 2018. Ini bermakna SST boleh dikuatkuasakan mulai 1 September 2018 dengan menggantikan GST yang telahpun dimansuhkan.

Kementerian Kewangan ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V kerana telah memperkenan pelaksanaan SST yang selari dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan dalam mendukung janji manifesto pada pilihan raya yang lalu.

Dengan pelaksanaan SST yang bakal diwartakan sebelum 30 Ogos ini, Kerajaan berharap ia dapat meringankan beban rakyat memandangkan Kerajaan hanya mengutip RM21 bilion di bawah SST berbanding dengan RM44 bilion di bawah GST pada 2019. Sehubungan itu, Kerajaan juga berharap pengusaha perniagaan dapat mematuhi peraturan serta mendaftarkan perniagaan mereka dengan SST.

Ini bagi memastikan tiada pengusaha mengambil kesempatan dan juga sebagai langkah Kerajaan mengekang kenaikan harga yang boleh mengakibatkan tekanan kepada rakyat. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memantau dan mengambil tindakan ke atas sebarang akiviti pencatutan (profiteering).


Sayangi Malaysiaku!

YB Lim Guan Eng
Putrajaya
28 Ogos 2018

Muat Turun Lampiran: