wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


PENGECUALIAN CUKAI JUALAN (SST) KE ATAS CRUSTACEANS

DAN MOLLUSCS


1. Ada pihak yang mempersoalkan mengapa bahan mentah seperti udang, ketam, dan kerang dikenakan kadar SST 10%. Barangan ini dikenakan cukai jualan pada kadar 10% kerana dilonggokkan bersama barang makanan mewah seperti di bawah:

Crustaceans:

Rock lobster, lobster, crab, Norway lobster, cold water shrimps and prawn, other shrimps and prawns, other crustaceans.

Molluscs:

Oyster, scallops, mussles, cuttlefish and squid, clams, cockles, ark shell, abalone, other molluscs.

2. Oleh kerana Kerajaan hendak mengenakan cukai SST 10% ke atas barangan mewah seperti abalone, maka semua makanan laut lain yang digunakan oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah dan dilonggokkan dalam kumpulan yang sama, juga dikenakan cukai SST 10%. Demi membolehkan makanan laut yang digunakan oleh orang berpendapatan sederhana dan rendah juga boleh menikmatinya tanpa cukai, maka saya sebagai Menteri Kewangan akan mengarahkan JKDM untuk mengecualikan semua makanan laut di atas daripada bayaran SST 10%.

3. Peniaga tidak perlu mengenakan atau membayar cukai SST 10% kerana arahan Menteri ini akan dilaksanakan dengan segera. Kementerian Kewangan Malaysia sedia menerima cadangan daripada orang awam untuk penambahbaikan pelaksanaan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). Orang ramai boleh menghubungi JKDM sekiranya memerlukan penjelasan.

 

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Kementerian Kewangan Malaysia
3 September 2018

 

Muat Turun Lampiran: