wrapper

Topik Popular

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


ISU PELANTIKAN PETRON SEBAGAI PEMBEKAL MINYAK PETROL DAN DIESEL KERAJAAN PERSEKUTUAN


Merujuk kepada isu berkaitan pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) yang viral pada 30 Ogos 2018 (Khamis), Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa Petron bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel kenderaan Kerajaan Persekutuan. Perlu ditegaskan, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan Kerajaan.

Pelantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada Kerajaan.

Melalui kelulusan ini, Kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan di antara Petronas, Shell dan Petron dan dapat membuka peluang serta persaingan yang sihat di kalangan pembekal minyak petrol dan diesel.

Kerajaan juga tidak menghadkan jumlah pembekal di mana pembekal lain yang berwibawa dan mempunyai jaringan stesen di seluruh negara boleh memohon.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
30 Ogos 2018