Print this page

Bajet 2016: Perlu Pengubahsuaian

8 Jan 2016 - Bajet 2016 yang dibentangkan Oktober lalu akan diubahsuai dalam tempoh terdekat agar lebih realistik dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi global semasa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, beberapa faktor akan diambil kira antaranya pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga minyak serta komoditi utama selain penguncupan beberapa ekonomi besar dunia.