wrapper

Topik Popular

  • Golongan Yang Memerlukan

    MONTHLY ALLOWANCE & HIGHER BR1M

    "Please Increase the monthly allowance and BR1M for OKU, Warga Emas & etc."

    Chen Pick Yee |  11 Ogos 2014 |  Social Welfare: OKU & Other Diadvantaged Groups | 30  2

    INISIATIF BAJET 2015

    Para 148 - Kerajaan amat prihatin terutama kepada golongan yang memerlukan.  Selaras dengan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program berikut:

    1. Menyediakan 1.2 bilion ringgit bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Untuk menunjukkan keprihatinan kepada golongan ini, Kerajaan bersetuju kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada 300 ringgit ke 350 ringgit manakala OKU tidak berkerja dinaikkan daripada 150 rinngit kepada 200 ringgit. Ini memberikan manafaat kepada 110 ribu OKU, dengan peruntukan 66 juta ringgit;
    2. Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;
    3. Menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;
    4. Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat daripada 8 ringgit kepada 16 ringgit;
    5. Meningkatkan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada 500 ribu ringgit kepada 1 juta ringgit; dan
    6. Menambah 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital.

     

    Para 181 - Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal Kerajaan, kita tingkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M daripada 650 ringgit kepada 950 ringgit. Ini, untuk isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit ke bawah. Bantuan ini akan dibayar sebanyak 3 kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 rinngit akan dibayar mulai September 2015.

    Para 182 - Seterusnya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara 3,000 ringgit hingga 4,000 ringgit, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada 450 ringgit kepada 750 ringgit. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu 200 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 rinngit akan dibayar mulai September 2015.

    Para 183 - Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan  berpendapatan tidak melebihi 2,000 ringgit sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun hadapan.

    BANTUAN KHAS PESAKIT RAWATAN DIALYSIS

    "Cadangan memberi sidikit bantuan kewangan khas bagi pesakit rawatan dialysis yang tidak berkerja, bantuan ini untuk sara hidup sementara atau kekal. Diharap PM dapat pertimbangkan cadangan ini."

    Mohd Faizal Samsudin |  12 Ogos 2014 |  Social Welfare: OKU & Other Diadvantaged Groups | 8  0

    INISIATIF BAJET 2015

    Para 145, Perkara 3 - Mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak 30 juta ringgit. Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta, Kerajaan akan menyediakan ruang di hospital dan klinik kesihatan Kerajaan untuk menempatkan 244 buah mesin hemodialisis lagi yang akan disumbangkan oleh sektor swasta dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka.

  • Pendidikan

    MENERUSKAN DISKAUN 20% PTPTN

    "Bajet 2013 melihatkan inisiatif kerajaan memberi diskaun 20% kepada peminjam yang membayar habis pinjaman sebelum 20 September 2013. Berdasarkan statistik, seramai 57,210 peminjam telah membayar habis dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Ini adalah inisiatif yang bagus dan dapat menggalakkan peminjam untuk melunaskan pinjaman. Saya berharap pihak kerajaan meneruskan inisiatif ini. Sekian."

    Abdul Rahman Kamis |  11 Ogos 2014 |  Education | 143  4

    INISIATIF BAJET 2015

    92. Berkait ini, harap ramai dapat mengambil iktibar. Jadinya dalam usaha menggalakkan peminjam membuat bayaran balik, Kerajaan mencadangkan supaya 10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015. Sebagai tambahan, tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekaligus atau lump sum mulai hari ini sehingga 31 Mac 2015.

  • Pengangkutan & Infrastruktur

    IMPROVE PUBLIC TRANSPORTATION & ACCESSIBILITY

    "The government should put on more focuses in improving public transportation systems in the country, outside the Klang Valley. Rasionalisation of country finance coffers through reducing subsidies on petrol caused petrol prizes to go up and that results higher cost of living to the people. As a result of that, ownership of vehicles are imperative to many in order to make a living as they do not have the options to travel on public transportation that are reliable and efficient."

    Marvin Chen |  11 Ogos 2014 |  Transportation & Infrastructure | 54  1

    INISIATIF BAJET 2015

    Para 142 - Bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan awam pula, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa program berikut:

    1. Menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar tetapi bekerja Kuala Lumpur. Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan pada kadar diskaun 30 peratus. Sebagai permulaan, 3 laluan bas akan beroperasi iaitu Rawang-KL; Klang-KL dan Seremban-KL;
    2. Menyediakan perkhidmatan Electric Train Service (ETS) Ipoh-Butterworth bermula pada April 2015; dan
    3. Menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak denga syarikat bas sedia ada. Pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat dan akan melibatkan Bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.

  • Golongan Belia

    BELIA PEMANGKIN NEGARA

    "Kerajaan perlu mengambil kira pandangan belia kerana belia bakal pemimpin negara. Wujudkan lebih prasarana contohnya pusat sukan, trek lumba motorsikal, pusat bersenam bagi mengelakkan belia terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti dadah, rempit dan sebagainya. Hal ini penting untuk melahirkan para belia yang produktif dan cemerlang bagi masa depan negara. Bantulah belia negara kita. Jangan abaikan mereka."

    Azmeer Azim | 14 Ogos 2014 | Youth & Sports | 3  0

    INISIATIF BAJET 2015

    Para 126 - Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan akan melancarkan Pelan Transformasi Belia Negara.  Bagi menjayakan pelbagai program belia, sebanyak 320 juta ringgit diperuntukan untuk tujuan berikut:

    1. Mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi;
    2. Menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti;
    3. Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui pengenalan program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan Belia Malaysia;
    4. Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan memperkenalkan program MyCorp. Program Mycorp melibatkan belia menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat antarabangsa dengan peruntukan 10 juta ringgit;
    5. Mengilat bakat keusahawanan di kalangan belia melalui program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank serta memperkenalkan Online Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial antarabangsa;
    6. Melaksanakan program Agropreneur Muda oleh FAMA yang melibatkan 1,200 orang belia dengan sasaran pendapatan melebihi 5,000 ringgit sebulan; dan
    7. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program COding Bootcamp serta program Projek Angkat Dan Upaya (PADU).

     

    Para 127 - Kerajaan juga berhasrat supaya satu ekosistem komprehensif yang disertai belia dapat disediakan untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi. Untuk ini, Kerajaan akan mewujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.