wrapper

Topik Popular

Senarai Penjenisan Kod Perbelanjaan adalah seperti berikut:

10000 EMOLUMEN

Tujuan: Merekodkan bayaran-bayaran gaji, elaun dan faedah kewangan yang lain kepada Kakitangan-kakitangan Kerajaan yang menyandang jawatan-jawatan tetap, Kakitangan-kakitangan Kerajaan sementara yang menyandang jawatan-jawatan tetap dan Anggota Pentadbiran dan Parlimen. Bayaran-bayaran seumpama bagi pekerja-pekerja sementara dan sambilan yang tidak menyandang jawatan-jawatan tetap hendaklah direkodkan di bawah Kod 29300.

  1. 11000 Gaji Dan Upahan
  2. 12000 Elaun Tetap
  3. 13000 Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan
  4. 14000 Elaun Lebih Masa
  5. 15000 Faedah-Faedah Kewangan Yang Lain
  6. 16000 Bayaran Elaun-Elaun Khas
  7. 17000 Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Kewangan

20000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN

Tujuan: Merekodkan bayaran untuk semua perkhidmatan dan bekalan termasuk tuntutan perjalanan dan sara hidup, perkhidmatan-perkhidmatan yang dibeli, keraian dan hospitaliti, bayaran-bayaran kepada pekerja-pekerja sementara dan sambilan yang tidak menyandang jawatan-jawatan tetap, bekalan pejabat dan bekalan penyelenggaraan dan pembaikan.

  1. 21000 Perbelanjaan Perjalanan Dan Sara Hidup
  2. 22000 Pengangkutan Barang-Barang
  3. 23000 Perhubungan Dan Utiliti
  4. 24000 Sewaan
  5. 25000 Bahan-Bahan Makanan Dan Minuman
  6. 26000 Bekalan Bahan Mentah Dan Bahan-Bahan Untuk Penyelenggaraan Dan Pembaikan
  7. 27000 Bekalan Dan Bahan-Bahan Lain
  8. 28000 Penyelenggaraan Dan Pembaikan Yang Kecil Yang Dibeli
  9. 29000 Perkhidmatan Iktisas Dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli Dan Hospitaliti

30000 ASET

Tujuan: Merekodkan bayaran untuk semua aset yang diperolehi termasuk tanah, bangunan, kemudahan, kenderaan, jentera dan alat kelengkapan, binatang, pokok dan benih, pinjaman dan pelaburan. Bayaran-bayaran ini juga termasuk bayaran bagi pembaikan besar ke atas aset-aset yang berkenaan. Pembaikan besar bermakna sesuatu pindaan, sama ada secara struktural atau tidak, serta sesuatu tambahan atau pembaharuan yang dibuat kepada aset yang sedia ada yang menambahkan nilai dan mutunya.

  1. 31000 Tanah Dan Pembaikan Tanah
  2. 32000 Bangunan Dan Pembaikan Bangunan
  3. 33000 Kemudahan Dan Pembaikan Kemudahan
  4. 34000 Kenderaan Dan Jentera
  5. 35000 Harta Modal-Harta Modal Yang Lain
  6. 36000 Binatang, Pokok Dan Benih
  7. 37000 Pinjaman
  8. 38000 Pelaburan

40000 PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP

Tujuan: Merekodkan bayaran biasiswa dan dermasiswa, pelbagai pemberian dan bantuan serta semua bayaran-bayaran lain termasuk faedah, dividen dan kenaan bayaran hutang negara, pencen, ganjaran, tuntutan insuran dan pampasan.

  1. 41000 Biasiswa, Dermasiswa Dan Bantuan Pelajaran
  2. 42000 Pemberian Dalam Negeri
  3. 43000 Pemberian Ke Luar Negeri
  4. 44000 Tuntutan Insuran Dan Pampasan
  5. 45000 Faedah, Dividen Dan Kenaan Bayaran Hutang Negara Yang Lain
  6. 46000 Pencen
  7. 47000 Ganjaran
  8. 48000 Gantian Cuti Rehat

50000 PERBELANJAAN - PERBELANJAAN LAIN

Tujuan: Merekodkan semua perbelanjaan yang tidak dijeniskan di bawah mana-mana Objek Am.

  1. 51000 Pulangbalik Dan Hapuskira
  2. 52000 Bayaran-Bayaran Lain
  3. 53000 Bayaran Imbuhan Tahunan Dan Bantuan Khas Kewangan

Senarai Penjenisan Kod Hasil adalah seperti berikut:

60000 HASIL CUKAI

Tujuan: Merekodkan semua hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan individu, perbadanan, perkongsian dan syarikat berikutan daripada Akta-akta termasuk cukai pendapatan, duti kastam, duti eksais dan cukai jualan.

  1. 61000 Cukai Langsung
  2. 62000 Cukai Tidak Langsung
  3. 63000 Cukai Barangan Dan Perkhidmatan

70000 HASIL BUKAN CUKAI

Tujuan: Merekodkan semua hasil Kerajaan selain daripada cukai dan terimaan bukan hasil termasuk kenaan bayaran daripada kelulusan permit, bayaran untuk perkhidmatan yang diberi, jualan perkhidmatan, barang-barang dan harta, sewa harta benda Kerajaan, hasil dari pelaburan, sumbangan daripada agensi-agensi Kerajaan dan perusahaan - perusahaan.

  1. 71000 Lesen, Bayaran Pendaftaran Dan Permit
  2. 72000 Perkhidmatan Dan Bayaran Perkhidmatan
  3. 73000 Perolehan Dari Jualan Barang-Barang
  4. 74000 Sewaan
  5. 75000 Faedah Dan Perolehan Dari Pelaburan
  6. 76000 Denda Dan Hukuman
  7. 77000 Sumbangan Dan Bayaran Ganti Daripada Luar Negeri Dan Sumbangan Tempatan
  8. 78000 Aktiviti Mencari Gali Minyak Dan Gas

80000 TERIMAAN BUKAN HASIL

Tujuan: Merekodkan semua pulangan balik perbelanjaan - termasuk terimaan daripada kumpulanwang amanah yang berlebihan, kredit antara jabatan dan pulangan balik bayaran yang lebih atau bayaran tersilap dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Juga termasuk terimaan daripada agensi-agensi Kerajaan yang lain.

  1. 81000 Pulangan Balik Perbelanjaan
  2. 82000 Terimaan Daripada Agensi-Agensi Kerajaan

90000 HASIL WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

Tujuan: Merekodkan hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah-wilayah Persekutuan.

  1. 91000 Hasil Cukai Wilayah-Wilayah Persekutuan
  2. 92000 Hasil Bukan Cukai Wilayah-Wilayah Persekutuan