Laporan Ekonomi 2011/2012 boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
Buku Laporan Ekonomi 2011/2012 boleh dibeli dengan harga RM45.00 pada 7 Oktober 2011 bermula jam 5.00 petang di Lobi Kementerian Kewangan Malaysia, Kedai PNMB Putrajaya, No 72, Jalan Diplomatik, Presint 15 (Presint Diplomatik), 62050 Putrajaya, Tel: 03-88811970 dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur, Tel: 03-92366888 atau layari laman web www.printnasional.com.my untuk maklumat lanjut.